Ini 5 Cadangan Destinasi Di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi Sempena Cuti Merdeka

August 11, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bersiap sedia untuk menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. Dan bersempena itu, mari kita terokai keindahan dan keunikan lokasi di Malaysia sewaktu musim cuti kelak dengan melakukan pengembaraan memburu makanan ke lima destinasi utama Merdeka yang menjadi pilihan ramai.

Seperti yang ramai sedia maklum, makanan merupakan sebuah bahasa universal yang menyemarakkan perpaduan dan menyatukan orang ramai, selain turut memainkan peranan yang utama dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Oleh itu, Agoda telah mengkaji data tempahannya untuk menyenaraikan 5 lokasi domestik yang teratas untuk percutian hujung minggu Merdeka, sekaligus melengkapkan ‘to-do-list‘ anda dengan cadangan hidangan untuk dicuba dan tempat penginapan yang menarik.

#1 Destinasi Menarik Di Kuala Lumpur 

Hentian pertama adalah Kuala Lumpur. Ia merupakan lokasi domestik paling popular dalam kalangan pengguna di Agoda pada hujung minggu Merdeka yang panjang.

Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat makanan jalanan. Dan antara yang menarik termasuklah sate panas dan nasi lemak, nasi berlauk unik dan banyak.

Untuk kali ini, Tajria ingin mencadangkan anda untuk berkunjung ke WhiteBurger. Di sini, anda boleh mencuba pelbagai jenis burger yang enak dan menarik untuk santapan bersama keluarga. Malah di WhiteBurger juga, ia menampilkan pemandangan yang hebat iaitu berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik.

Oleh itu, WhiteBurger merupakan satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya. Selain itu, anda boleh merehatkan diri anda dengan melakukan tempahan bilik di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan Petaling.

#2 Destinasi Menarik Di Pulau Pinang

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama. Sinonim dengan destinasi makanan yang hebat, Pulau Pinang tidak dapat disangkal lagi sebagai sebuah syurga makanan Malaysia.

“Pulau Mutiara” ini menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan gerai penjaja dan kedai makan tradisional yang hebat. Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang.

Sempena sambutan 66 ulang tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang telah mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad lamanya. Salah seorang tokoh tersebut adalah Uncle Guan, maestro masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai penkek yang terbaik di pulau tersebut.

Untuk lokasi penginapan, anda boleh menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang bersejarah. 

#3 Destinasi Menarik Di Melaka

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya, merupakan harta karun bagi penggemar makanan. Di samping menampilkan keajaiban budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari ramai.

Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan Mihun Udang Berkeju memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati. 

Selain itu, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Grass Stream Kitchen. Ia dikenali sebagai Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang. Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan dan mesti dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka.

Untuk tempat penginapan, anda boleh bersantai di Rosa Malacca, yang terletak di tengah-tengah bandar Warisan Dunia UNESCO. Hotel ini hadir dengan binaan ala-industri dan menawarkan akses yang mudah ke tempat-tempat bersejarah dan pada masa yang sama menyediakan suasana yang tenang untuk istirahat. 

#4 Destinasi Menarik Di Sabah

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan.

Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun.

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai dan kunjungi My Native Sabah. Restoran tempatan ini meneruskan warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan warisan kulinari Sabah yang kaya.

Anda boleh merehatkan siri anda di The LUMA Hotel, sebuah hotel dengan rekaan kreatif yang diilhamkan dari tarikan tropika yang hebat di Kota Kinabalu, Sabah. Dari tangga lingkaran yang menyerupai sungai yang subur dan bilik yang bertemakan kehijauan alam, tenggelamkan diri anda dalam pesona hutan hujan tropika Sabah untuk penginapan yang menyegarkan.

#5 Destinasi Menarik Di Kuantan

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu.

Nikmati keenakan Ikan Bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai. Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan citarasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas termasuk Cendol Durian yang ikonik. Manisan istimewa yang mesti dicuba ini pasti akan membuatkan anda merindui satu lagi hidangan. 

Anda juga boleh manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan.

Untuk setiap kesemua destinasi ini, terdapat banyak lagi lokasi menarik yang boleh anda kunjungi sewaktu musim Merdeka ini. Namun, harus diingatkan untuk memastikan perjalanan anda lancar pastikan anda membuat panggilan tempahan terlebih dahulu sama ada untuk tempat penginapan atau lain-lain lokasi sebelum berkunjung.

Dengan ini, anda dapat mengurangkan risiko kedai makan penuh, lokas yang dahulunya anda, kini tidak lagi beroperasi dan macam-macam lagi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd