Segelintir Bau Sabun Boleh Menjadi Pencetus Gigitan Nyamuk

August 2, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Baru-baru ini kajian mendapati bau sabun yang dicampur dengan bau badan manusia boleh merangsang gigitan nyamuk.

Sebelum ini, Tajria pernah berkongsi kepada anda cara bagaimana nyamuk memilih mangsanya. Dan faktor utama pemilihan nyamuk adalah berdasarkan kumpulan darah.

Untuk pengetahuan anda, seperti kebanyakan serangga pemangsa lain yang menggigit, nyamuk berupaya untuk menghidu sesuatu bau pada jarak yang jauh melalui karbon dioksida yang dihembus.

Daripada situ, mereka akan mendekati mangsa sebelum mengetahui petunjuk kimia lain sebelum memilih untuk menggigit dan mendapatkan darah daripada mangsa.

Bagaimana Bau Sabun Boleh Menjadi Faktor Gigitan Nyamuk?

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi analisa nyamuk untuk ketika memilih mangsa mereka termasuklah:

  • Sebatian pada kulit yang menjadikan sesetengah individu lebih menarik kepada nyamuk seperti ammonia, asid karboksilik dan asid laktik.
  • Bakteria pada kulit anda juga boleh menjejaskan bau badan anda sehingga menjadikan nyamuk tertarik untuk mendapatkan darah dalam badan.
  • Ada kajian turut mendapati genetik juga boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik dalam kalangan nyamuk. Namun, ia tidak ada yang terbukti secara konklusif.

Menyokong kepada faktor pertama yang dinyatakan di atas, kajian melibatkan bau sabun dan bahan kimia yang terkandung di dalam sabun telah dijalankan. Hasil dapatan daripadanya mendapati gabungan bau badan semula jadi di antara individu wangian kimia sabun yang digunakan memberi kesan kepada tarikan nyamuk kepada mereka.

Menurut pakar, sabun secara drastik mengubah cara kita menghidu, bukan sahaja dengan menambahkan bahan kimia tetapi juga dengan menyebabkan variasi dalam pelepasan sebatian yang kita sediakan secara semula jadi.

Di tambah lagi dengan perbezaan bau badan setiap orang, ia dipercayai memainkan peranan yang besar dalam tahap daya tarikan mereka kepada nyamuk, dan kemudiannya ditambah dengan sabun cucian, ia sedikit sebanyak telah mengubah bau unik setiap orang.

Apakah Bau Sabun Yang Berfungsi Baik Sebagai Penghalau Nyamuk?

Selain bau yang menjadi penarik nyamuk, terdapat juga wangian yang boleh mungkin boleh menjadi penghalau nyamuk yang baik.

Sebagai contoh, nyamuk menyukai sabun dengan wangian bunga. Akan tetapi, wangian seperti picaridin, citronella, lemon, eucalyptus dan insektisida piretroid adalah bau yang boleh menghalau nyamuk yang digunakan dalam penghalau serangga dan boleh didapati secara komersil.

Bukan itu sahaja, pakar juga mengesyorkan sabun yang mengandungi minyak neem atau asid lemak minyak kelapa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd