MOCCONA X Mimpikita Bawa Pengalaman Unik Yang Menggabungkan Fesyen Dan Kopi Di KLFW 2023
Lina Rosli
MOCCONA kembali untuk tahun kedua sebagai penaja kopi rasmi untuk KL Fashion Week (KLFW) 2023 yang bakal berlangsung mulai 21 Ogos hingga 27 Ogos 2023.
Menurut MOCCONA, kerjasama mereka dengan KLFW iaitu antara fesyen dan kopi turut dilakukan bagi menggalakkan kepada para hadirin dan penggemar kopi menikmati “me time” untuk menghargai dan meraikan detik-detik kecil.

Untuk pengetahuan anda, kerjasama MOCCONA dengan KL Fashion Week adalah pameran yang sempurna bagi kebanyakan jenama untuk meraikan dan mencari keindahan dalam detik kehidupan seharian. Dan MOCCONA turut teruja untuk mempersembahkan tiga intensiti kopi mereka – setiap satu direka untuk personaliti dan momen yang berbeza.
Sepanjang tujuh hari di KLFW 2023, MOCCONA akan menyediakan menu menarik daripada pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti kopi: Nombor 5 (Classic Medium Roast), Nombor 8 (Classic Dark Roast), dan Nombor 10 (Espresso Style).
Kolaborasi MOCCONA X MIMPIKITA Di KLFW 2023
Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan KLFW 2023, MOCCONA akan mempersembahkan pameran fesyen teristimewa yang menampilkan pereka fesyen tempatan, Mimpikita, pada 24 Ogos 2023, di mana para pengunjung akan berpeluang menikmati pengalaman gabungan fesyen dan kopi yang unik dan imersif.
Komitmen MOCCONA untuk menghasilkan adunan kopi premium untuk nikmat rasa kemewahan untuk pencinta kopi yang mempunyai personaliti yang berbeza selaras dengan visi Mimpikita – yang telah membina asas jenama mereka dengan rekaan fesyen abadi yang mencerminkan keperibadian wanita moden walaupun berlainan minat, tetapi kekal mementingkan penampilan yang chic dan sopan.
Nantikan minggu KLFW dan saksikan kedua-dua jenama ini membawa pengalaman unik gabungan fesyen dan kopi untuk para peminat yang pasti teruja dengan kesenian yang dapat disaksikan di catwalk, dan kepuasan yang dapat dinikmati dari secawan kopi.