Promosi Sempena PRN – Ini Senarai Promosi Yang Boleh Anda Tebus Dan Nikmati Selepas Selesai Mengundi

August 9, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bersempena PRN yang bakal tiba pada Sabtu, 12 Ogos 2023, yang berlangsung di 6 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu, terdapat beberapa restoran, kafe dan jenama makanan yang menawarkan promosi menarik bersempena memberikan galakkan kepada orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Berikut adalah beberapa tawaran menarik yang boleh anda dapatkan dengan hanya menunjukkan dakwat pada jari sebagai bukti anda telah selesai mengundi:

Tealive – Minuman Pada Harga RM6 Secawan

Bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2023, anda boleh mendapatkan minuman Tealive terpilih pada harga RM6 secawan menerusi pesanan secara atas-talian di dalam aplikasi Tealive.

Untuk mendapatkan minuman pada harga RM6, anda hanya perlu memasukkan kod PRN6 untuk sewaktu anda ingin melakukan proses pembayaran. Senarai minuman yang ditawarkan termasuklah:

  • Signature Coco
  • Hazelnut Milk Tea
  • Sparkling Mango/Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
  • Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
  • Bang Bang Milk Tea
  • Signature Coffee

Pizza Hut – Percuma Pizza Bersaiz Besar Dengan Pembelian 1 Regular Cola Pizza

Dapatkan pizza bersaiz besar secara percuma apabila anda membeli 1 regular Cola Pizza mulai 7 hingga 13 Ogos 2023.

Langkah-langkah untuk menebus promosi sempena PRN ini:

  1. Kunjungi mana-mana kedai Pizza Hut di Malaysia.
  2. Tunjukkan siaran ini kepada kakitangan kaunter pembelian.
  3. Pesan Cola Pizza biasa.

Promosi ini sah untuk pembelian dan penebusan di kedai (makan di kedai dan bawa pulang), dan tidak sah untuk pesanan atas-talian atau menerusi aplikasi.

Domino’s Pizza – RM1* Untuk Pizza Bersaiz Besar

Bersempena PRN 2023, jangan ketinggalan untuk mendapatkan pizza bersaiz besar pada harga hanya RM1 sekiranya anda melakukan pembelian satu regular pizza pada harga ala carte (RM35.90). Jadinya, anda hanya perlu mebayar RM36.90 sahaja untuk 2 pizza kegemaran anda.

Tawaran ini terhad untuk pembelian di kedai sahaja dan tidak tertakluk untuk pembelian secara atas talian di laman web Domino’s Pizza ataupun pembelian di aplikasi penghantaran makanan seperti di GrabFood, FoodPanda ataupun ShopeeFood.

Bumblebee Malaysia – Diskaun 20% Untuk Pembelian Kedua

Sempena deman PRN, semua warga Malaysia yang mengundi boleh menikmati diskaun 20% untuk 4 produk Cocobee mulai 7 Ogos sehingga 14 Ogos 2023.

Untuk menebus anda hanya perlu membeli satu minuman pada harga asal (ala carte) dan kemudian pilih satu lagi minuman daripada siri Cocobee yang anda gemari pada harga yang lebih rendah.

Pilihan minuman yang boleh anda dapatkan:

  • Coconut Ice Cream with Honeycomb
  • Coconut Milkshake
  • Blue Lagoon Frost
  • Coconut Lime Mojito

CU Malaysia – Tawaran Produk Pada Harga Serendah RM1

Terdapat beberapa tawaran produk menarik bermula 11 hingga 13 Ogos 2023. Ini termasuk:

  • Beli aiskrim kedua pada harga RM1
  • Beli minuman kedua sama ada Grapefruit Tea atau Jochiwon Peach Tea pada harga RM1
  • Beli dua tin Milo pada harga RM6

Boat Noodle – 1 Undi, 1 Mangkuk Percuma

Tebus 1 mangkuk Boat Noodle secara percuma selepas mengundi. Hanya tunjukkan jari berwarna ungu sebagai bukti untuk mula menikmati hidangan. Tawaran ini sah hanya pada 12 Ogos 2023 sahaja.

J.Co – Satu Cawan Americano Percuma

Kunjungi ke cawangan J.Co berdekatan anda dan mula tebus satu cawan Americano secara percuma pada 12 Ogos 2023. Harus diingatkan, tawaran ini terhad untuk 100 pelanggan pertama di setiap cawangan.

Sushi King – Pinggan Chuka Iidako Trio Percuma

Jenama makanan Jepun popular Sushi King turut bersama-sama memberi sokongan untuk menggalakkan orang ramai mengundi sewaktu PRN 2023 ini.

Jika anda sudah selesai mengundi, jangan lupa untuk tebus satu pinggan Chuka Iidako Trio percuma pada 12 dan 13 Ogos 2023 di mana-mana rangkaian Sushi King berdekatan anda di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu sahaja.

Tea Amo – Buddy’s Combo Berharga RM9.90 Untuk 2 Cawan

Tidak ketinggalan juga, Tea Amo menawarkan promo istimewa kepada anda semua. Hanya perlu tunjuk dakwat di jari dan beli minuman Tea Amo sebanyak 2 cawan bersaiz sederhana dengan harga RM9.90 sahaja.

Untuk kombo ini, pilihan minuman yang ditawarkan adalah Milky Series ataupun Brown Sugar Series.

Teh Tarik Place – Promosi 2 Hari Untuk Set Nasi Lemak Ayam Berempah

Jangan lupa, selepas mengundi, isi perut anda dengan berkunjung ke Teh Tarik Place dan nikmati promosi eksklusif PRN 2023.

Sempena PRN kali ini, anda boleh mendapatkan diskaun istimewa berharga RM15 untuk set Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah dan Teh Tarik (H/C). Hanya tunjuk jari berdakwat anda untuk nikmati promo ini.

Tawaran sah bermula 12 dan 13 Ogos 2023 di kesemua cawangan Teh Tarik Place.

Jadi, senarai diatas adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik untuk anda menebus makanan dan minuman pada harga berbaloi sempena PRN 2023. Senarai lain akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd