ZUS Coffee Memperkenalkan Siri Minuman Buatan Malaysia – ZUS Teh Tarik Dan ZUS Kopi Teh Tarik

August 8, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Selepas melancarkan siri Creme yang mendapat tempat di hati kebanyakan penggemar minuman Buttercreme, kini nampaknya ZUS Coffee kembali lagi dengan siri minuman yang baharu iaitu, Tarik Series.

Menampilkan minuman yang sinonim dengan rakyat Malaysia, ZUS Coffee hadir dengan dua pilihan minuman baharu iaitu ZUS Teh Tarik dan juga ZUS Kopi Teh Tarik.

Menurut ZUS, kedua-dua minuman ini membawakan hidangan yang menggabungkan dua rasa antara tradisional dan moden, selain turut diperhalusi dengan tekstur yang penuh berkrim. Ditambah lagi dengan kehadiran dua pilihan penyediaan iaitu sejuk atau panas, pastinya hidangan ini sesuai untuk dipesan pada bila-bila waktu yang anda sukai.

Bagi anda yang berminat, mulai 7 Ogos hingga 11 Ogos 2023, ZUS menawarkan promosi menarik yang mana anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM6.60 untuk pembelian dua cawan dari siri Tarik, sama ada ZUS Teh Tarik ataupun ZUS Kopi Teh Tarik.

Untuk pengetahuan anda, harga jualan biasa untuk minuman Siri Tarik ini adalah:

  • Iced ZUS Kopi Teh Tarik – RM10.90
  • Iced ZUS Teh Tarik – RM10.90
  • Hot ZUS Kopi Teh Tarik – RM10.90
  • Hot ZUS Kopi Teh Tarik – RM10.90

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd