Beli Minuman ZUS Coffee Kegemaran Anda Pada Harga RM6.60 – Promosi Bermula 16 Hingga 22 Ogos 2023

August 16, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66, jenama kopi kegemaran ramai ZUS Coffee hadir dengan tawaran promosi untuk pembelian mana-mana minuman pada harga hanya RM6.60 sahaja.

Berdasarkan perkongsian ZUS Coffee, promosi ini sah untuk kesemua minuman handcrafted kecuali minuman di dalam botol (Bottled Necessity).

Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian menggunakan aplikasi ZUS yang boleh dimuat-turun sama ada di kedai atas-talian Play Store atau App Store. Anda juga boleh memilih servis penghantaran iaitu ambil di kedai (pick-up) atau hantar terus ke rumah.

Harus diingatkan, promosi ini terhad untuk satu pembelian sahaja untuk setiap individu dan hanya sah mulai 16 Ogos sehingga 22 Ogos 2023.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd