Pandora Memperkenalkan 3 Koleksi Berlian Buatan Makmal – Pandora Nova, Pandora Era Dan Pandora Talisman

August 16, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Baru-baru ini, jenama tukang emas yang sudah beroperasi selama 40 tahun yang berpangkalan di Denmark, Pandora akan melancarkan tiga koleksi berlian buatan makmal kepada umum. Pengenalan berlian ini dijangka akan mula diperluaskan ke pasaran baharu, termasuk Australia dan Amerika Latin.

Tiga koleksi berlian buatan makmal yang akan diperkenalkan adalah Pandora Nova, Pandora Era dan juga Pandora Talisman.

Menurut Pandora, ketiga-tiga koleksi ini memfokuskan kepada penawaran aksesori dan barang kemas yang berlainan. Pandora Nova dikatakan akan menampilkan aksesori yang terdiri daripada barang kemas yang menampilkan potongan batu puteri dan 4 Prong.

Manakala Pandora Era pula menawarkan aksesori dengan tafsiran semula gaya klasik. Dan akhir sekali Pandora Talisman menampilkan lima reka bentuk loket yang diilhamkan daripada perhiasan pesona gelang jenama itu.

Untuk pengetahuan anda, berlian buatan makmal Pandora ini sebenarnya telah dilancarkan pada Ogos 2022. Menurut Pandora, berlian buatan makmal ini telah ditanam, dipotong dan digilap menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui.

Apa yang menarik juga, jenama itu menyasarkan untuk menggunakan emas dan perak yang dikitar semula sahaja menjelang 2025.

Setakat ini, ketiga-tiga koleksi ini hanya ditawarkan di 700 kedai Pandora di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, U.K. dan Australia bermula pada 31 Ogos. Menjelang akhir Oktober 2023 pula, koleksi terpilih ini akan dilancarkan di Mexico dan Brazil. Namun, untuk koleksi penuh akan tersedia di pasaran tersebut pada suku pertama 2024.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd