Di Sebalik Nama KyoChon – Mengapa Ayam KyoChon Berbeza Dengan Ayam Goreng Korea Yang Lain?

August 21, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda apakah maksud di sebalik nama KyoChon 1991?

Bagi yang tidak mengetahui, “Kyo” di dalam bahasa Korea bermaksud pencerahan yang merujuk kepada amalan yang menggerakkan suasana pembaharuan. Sementara “Chon” pula bermaksud kampung.

Menurut pengasasnya, Kwon Won Kang yang membangungkan KyoChon pada tahun 1991, beliau pada ketika itu membayangkan KyoChon menjadi sebuah restoran di mana pelanggan mereka boleh mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk tubuh mereka di tengah-tengah kesibukan kehidupan seharian mereka.

Untuk pengetahuan anda, KyoChon merupakan jenama ayam goreng yang terbesar di Korea Selatan. Ia kini mempunyai lebih daripada 1,000 cawangan di seluruh dunia. Dan di Malaysia sahaja, anda boleh menerokai lebih 34 cawangan KyoChon di seluruh negara.

Di Korea Selatan sahaja, KyoChon bukan sahaja boleh didapati Seoul dan Busan tetapi juga terletak di banyak lagi kawasan termasuk di Hongdae, Dongdaemun, dan Sinchon yang merupakan cawangan paling sibuk bagi jenama ini.

Menurut laporan dari Korea JoongAng Daily, KyoChon F&B merancang untuk meningkatkan bilangan kedainya daripada 1,234 kepada 1,500 menjelang tahun 2025. Kini, bukan sahaja di Asia Tenggara, KyoChon turut telah melebarkan sayapnya ke pasaran Timur Tengah yang mana mereka telah menubuhkan cawangan francais pertamanya di Dubai dan akan membuka kira-kira 100 cawangan francais di sembilan lagi wilayah termasuk Arab Saudi, Qatar, Lubnan dan Jordan.

Mengapa Ayam KyoChon Berbeza Dengan Ayam Goreng Korea Yang Lain?

Jika anda perasan, hidangan ayam bahagian wingettes (kepak) dan drumettes (paha) KyoChon merupakan pilihan popular dalam kalangan pelanggan ini mereka. Menampilkan isi ayam yang berjus, salutan tepung yang rangup dan sos Korea yang lazat, ayam goreng Korea KyoChon telah menjadikan hidangan sepanjang masa yang paling kerap dipesan pelanggan.

Dan apa yang menarik mengenai hidangan dari KyoChon ini adalah mereka menggunakan ayam yang berumur antara 30 hingga 35 hari. Ini sekaligus memberikan hasil hidangan yang terbaik untuk daging berair, lembut dan kekal lazat selepas digoreng.

Ditambah lagi dengan resipi istimewa KyoChon yang menggunakan 24 bahan rahsia dan campuran lada unik, ini semestinya menghasilkan ramuan yang berbeza dengan ayam goreng Korea yang lain.

Mengapa KyoChon menggunakan ayam yang berumur antara 30 hingga 35 hari? Jawapannya, faedahnya adalah jelas, pelanggan akan mendapat ketulan ayam yang enak dan rangup tanpa membuatkan tekstur gorengan menjadi terlalu berminyak dan berlemak jika dibandingkan dengan kebanyakan ayam goreng lain.

Selain itu juga, KyoChon turut menggunakan ayam yang dibiakkan khas yang diternak untuk dagingnya, yang ditanam di bangsal moden yang tertutup dan berhawa dingin bagi memastikan kesemua ayam bebas daripada virus dan penyakit bawaan udara.

Adakah KyoChon 1991 Halal?

Pada Mei 2023 yang lepas, KyoChon 1991 telah mengumumkan bahawa rangkaian restoran mereka telah mula mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM.

Menurut KyoChon 1991, jenama mereka sememangnya komited dalam menawarkan sajian yang halal dan berkualiti kepada pengguna. Dan dengan adanya sijil halal ini, ia dijangka akan memberikan jaminan kepada individu yang mengambil berat akan standard halal restoran yang mereka kunjungi.

Tambah KyoChon 1991 lagi, syarikat induk mereka dari Korea Selatan turut sama-sama menambahbaik penawaran mereka dengan menggunakan bahan terbaik yang halal dari Korea selain turut melabur dalam kilang automatik yang menghasilkan sos dan perasa untuk makanan mereka agar selaras dengan rasa dan kualiti asli dari Korea Selatan ke Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd