Nikmati Promosi Istimewa Untuk Pembelian Samsung Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 – Sehingga 31 Ogos 2023
Lina Rosli
Bersempena pelancaran secara rasmi untuk Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 di Malaysia pada 18 Ogos lepas, Samsung telah hadir dengan promosi istimewa untuk para penggemar peranti kedua-dua peranti ini.
Menurut Samsung Malaysia Electronics, bermula dari 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2023, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran eksklusif yang bernilai mencecah RM1,499 sekiranya anda melakukan pembelian peranti dari siri Samsung Galaxy Z.
Bukan itu sahaja, bagi anda yang telah melakukan pembelian Samsung Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5 juga, jenama ini turut menawarkan diskaun 40% untuk pembelian atas pembelian sama ada Samsung Accessories, Samsung Care+, Galaxy Tablets, Galaxy Watch dan juga Galaxy Buds.

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:
- Samsung Galaxy Z Fold5 256GB – RM6,799
- Samsung Galaxy Z Fold5 512GB – RM7,299
- Samsung Galaxy Z Fold5 1TB – RM8,299
- Samsung Galaxy Z Flip5 256GB – RM4,499
- Samsung Galaxy Z Flip5 512GB – RM4,999
- Samsung Galaxy Watch6 BT (40mm) – RM1,099
- Samsung Galaxy Watch6 LTE (40mm) – RM1,399
- Samsung Galaxy Watch6 BT (44mm) – RM1,399
- Samsung Galaxy Watch6 LTE (44mm) – RM1,499
- Samsung Galaxy Watch6 Classic BT (43mm) – RM1,399
- Samsung Galaxy Watch6 Classic LTE (43mm) – RM1,699
- Samsung Galaxy Watch6 Classic BT (47mm) – RM1,499
- Samsung Galaxy Watch6 Classic LTE (47mm) – RM1,799

Bagi anda yang ingin mendapatkan Samsung Galaxy Tab S9, harga jualan untuk peranti ini adalah:
- Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 5G 256GB – RM6,649
- Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 5G 512GB – RM7,149
- Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 256GB – RM5,999
- Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 512GB – RM6,499
- Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 256GB – RM5,199
- Samsung Galaxy Tab S9+ 5G 512GB – RM5,849
- Samsung Galaxy Tab S9 5G 256GB – RM4,199
- Samsung Galaxy Tab S9 5G 512GB – RM4,849
Untuk pembelian siri Samsung Galaxy Tab S9, ia didatangkan sekali dengan Papan Kekunci Kulit Buku dan S Pen (dalam kotak) bernilai sehingga RM1,499. Anda juga akan menerima Langganan Viu 12 bulan percuma bernilai RM99.90 dan juga diskaun sehingga 30% PWP untuk aksesori Samsung, Samsung Care+, Galaxy Watch dan Siri Buds.