LG Malaysia Memperkenalkan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare Koleksi Objet

August 22, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) kini memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare Koleksi Objet.

Berbeza dengan penawaran penulen air biasa di pasaran, model LG PuriCare kali ini dilengkapi dengan teknologi penulenan termaju yang mana ia membawakan inovatif yang menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.

Menurut LG, untuk Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare Koleksi Objet ini, mereka hadir dengan dua inovasi baharu iaitu, penawaran teknologi tanpa tangki dan juga servis penyelenggaraan secara sendiri.

Apa yang menarik tentang dua inovasi ini adalah:

  • Menerusi tekonologi tanpa tangki, pengguna tidak perlu risau akan kebersihan air yang dikeluarkan dari penulen air ini kerana ia menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma. Selain itu, penulen air ini juga dilengkapi Sistem Penapis Puri 4-Peringkat yang dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya.
  • Manakala untuk servis penyelenggaraan secara sendiri pula menawarkan konsep layan diri kepada pengguna yang mana penulen air ini dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan. Dengan kehadiran UVnano Sterilization, penulen air ini akan disteril secara automatik setiap 10 minit setiap jam.

Selain daripada dua inovasi ini, LG turut memperkenalkan beberapa fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:

  • Panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air yang tepat (40°C, 75 °C, 85 °C) dan tetapan isipadu daripada 120ml hingga 1000ml untuk memenuhi keperluan masakan.
  • Tap bergerak Automatik dapat menampung ketinggian cawan yang berbeza-beza bagi mengurangkan percikan sambil memastikan keselamatan pengguna.
  • Hubungkan peranti dengan aplikasi LG ThinkQ untuk pengalaman penggunaan pintar.

Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan dan fleksibel, pengguna boleh memilih sama ada memilih pemasangan secara melintang (horizontal) atau menegak (vertical) bergantung kepada susun atur rumah.

Bukan itu sahaja, menerusi Koleksi Objet juga, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare ini hadir dengan lima pilihan warna yang cantik – Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink, dan Calming Cream Sky untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya sama ada secara bayaran penuh atau sewa bulanan pada harga:

  • Langganan Penapis 2 Tahun (Layan Diri) – RM3,200 (Bayaran Penuh)
  • Lawatan Berkala Juruteknik 2 Tahun – RM4,000 (Bayaran Penuh)
  • Langganan Penapis 7 Tahun (Layan Diri) – RM60 sebulan
  • Langganan Penapis 5 Tahun (Layan Diri) – RM90 sebulan
  • Lawatan Berkala Juruteknik 7 Tahun – RM80 sebulan
  • Lawatan Berkala Juruteknik 5 Tahun – RM110 sebulan

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd