Malaysia Duduki Tempat Ketiga Di Antara 10 Pasaran Asia Pasifik Dengan Tambang Penerbangan Domestik Terendah – Agoda
Lina Rosli
Bagi setiap kali anda menempah dan melakukan pembelian tiket penerbangan, pastinya anda akan melihat penawaran yang bersesuaian dengan bajet anda. Oleh itu, bagi memudahkan para pelancong mendapatkan tawaran sedemikian, platform pelancongan digital Agoda berkongsi laluan penerbangan termurah yang telah ditempah oleh para pelancong dari Malaysia menerusi platform Agoda pada awal Ogos.
Untuk pengetahuan anda, tambang penerbangan termurah Malaysia telah menduduki tempat ketiga di antara 10 pasaran Asia Pasifik bagi tambang penerbangan domestik terendah. Dan yang menduduki tangga yang pertama dan kedua adalah negara Thailand dan Filipina yang mana masing-masing menawarkan harga penerbangan domestik bernilai RM37.
Dalam peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat pertama dengan tambang penerbangan ke Singapura bernilai RM56. Malah, laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Sydney turut termasuk di dalam kategori penerbangan termurah dari Malaysia dalam kedudukan antara benua, menduduki tempat ke-6 dengan harga tempahan RM934.

Tidak dinafikan, harga tambang sudah tentu akan berubah seiring dengan peningkatan dalam permintaan, namun, menurut Agoda mereka komited untuk membantu para pelancong mendapatkan harga terbaik pada bila-bila masa sahaja jika mereka ingin menaiki penerbangan, baik penerbangan domestik, serantau, mahupun merentas benua.
Ini Senarai Tambang Penerbangan Paling Berpatutan Dari Malaysia:
- Domestik: Kota Bharu (KBR) -> Kuala Lumpur (KUL), RM42
Laluan penerbangan domestik termurah yang ditempah di Malaysia berlepas dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Penerbangan ini mengambil masa sekitar 70 minit dan ianya telah ditempah sekitar awal bulan ini dengan harga RM42 sahaja, menjadikannya antara penerbangan termurah yang telah ditempah menerusi platform Agoda.
- Serantau: Kuala Lumpur (KUL) -> Singapura (SIN), RM56
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditempah dengan harga sekitar RM56 sahaja. Sekiranya anda belum pernah ke Singapura, negara ini cukup terkenal dengan persekitaran yang bersih, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai tarikan lain.
Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur ke Singapura hanyalah sejarak penerbangan berdurasi 70 minit.
- Benua: Kuala Lumpur (KUL) -> Sydney (SYD), RM934
Dari Opera House dan Harbour Bridge yang terkenal di seluruh dunia hingga ke Blue Mountains dan Pantai Bondi.
Jika anda ingin memilih tempat pelancongan menarik, Sydney adalah antara destinasi terbaik untuk menikmati pengalaman di Australia. Penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Sydney telah ditempah pada awal bulan ini dengan hanya RM934.

Adakah Hatga Tambang Penerbangan Di Agoda Telah Termasuk Dengan Caj Lain?
Agoda telah mengambil kira tambang keseluruhan bagi setiap penumpang, termasuk cukai dan caj tambahan, di sepuluh pasaran merentasi Asia Pasifik. Tambang-tambang ini merupakan tambang termurah yang didapati daripada tempahan sebenar melalui platform Agoda dari 1 Ogos hingga 14 Ogos bagi perjalanan sekitar September dan Oktober tahun ini.
Agoda telah membina reputasi di persada antarabangsa selaku sebuah platform tempahan pelancongan dalam talian bagi hotel dan rumah percutian dan telah menyaksikan tempahan penerbangan mengambil tempat semenjak pelancaran platform tersebut pada tahun 2019.
Kini terdapat 130,000 laluan penerbangan tersedia untuk ditempah menerusi platform Agoda.