Mata Kering Sewaktu Memandu – Ini Mungkin Disebabkan Pengeluaran Air Mata Yang Tidak Mencukupi Untuk Menyegarkan Mata

August 24, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Dry eyes atau biasanya dipanggi mata kering adalah keadaan yang berlaku apabila mata tidak boleh mengeluarkan air mata yang mencukupi untuk menyegarkan mata.

Untuk pengetahuan anda, air mata hadir dengan fungsi yang sangat penting. Terutamanya untuk memberikan pelinciran, mengurangkan risiko jangkitan mata, membersihkan mata daripada benda asing di mata dan menjaga permukaan mata.

Kebiasaannya, air mata yang berlebihan akan mengalir ke saluran kecil di sudut dalam kelopak mata. Tetapi jika anda mengalami masalah mata kering, ia mungkin disebabkan pengeluaran air mata dan saluran yang tidak betul menjadikan air mata tidak dapat disimpan dengan baik.

Individu yang mengalami masalah mata kering akan merasakan gejala seperti:

  • Kegatalan pada bahagian mata
  • Kemerahan
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Mata berair.
  • Lendir pada bahagian tepi mata
  • Penglihatan kabur

Punca Berlakunya Mata Kering Dalam Kalangan Individu

Secara umumnya, faktor yang menyebabkan masalah bola mata kering ini adalah apabila anda tidak menutup kelopak mata rapat semasa tidur. Nama saintifik mata kering dikenali sebagai lagophthalmos yang mana seseorang individu mempunyai ketidakupayaan untuk menutup kelopak mata sepenuhnya.

Selain itu, mata kering juga boleh berlaku sekiranya tubuh tidak mampu menghasilkan air mata berkualiti tinggi untuk melincirkan mata anda.

Pertambahan Usia

Apabila bertambah usia, pengeluaran air mata juga cenderung untuk berkurang bersama dengannya. Majoriti orang yang berumur 65 tahun ke atas lebih kerap mengalami gejala mata kering.

Pengambilan Ubat-ubatan

Bagi anda yang ada mengambil ubat-ubatan secara kerap seperi antihistamin, ubat tekanan darah dan juga antidepresan akan mengurangkan pengeluaran air mata. Malah, untuk individu yang menderita penyakit seperti rheumatoid arthritis, diabetes dan masalah tiroid juga cenderung mengalami gejala mata kering.

Keadaan persekitaran

Selain melibatkan kesihatan dan tubuh, aktiviti yang terdedah kepada asap, angin dan iklim kering dapat meningkatkan penyejatan air mata yang mengakibatkan gejala mata kering. Kegagalan berkedip secara berkala, seperti ketika menatap skrin komputer untuk jangka waktu yang lama turut memberi kesan kepada mata.

Penggunaan kanta lekap

Bagi anda yang memakai kanta lekap untuk tempoh yang lama, anda mungkin akan mengalami masalah mata kering. Keadaan ini adalah sedikit berbeza dengan sindrom mata kering biasa. 

Ia berlaku disebabkan lapisan nipis atau bahan kanta lekap yang menyentuh kornea akan menghadkan aliran oksigen ke mata. Tanpa aliran oksigen yang berterusan, mata anda berjuang untuk mengeluarkan air mata semula jadi.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Mata Menjadi Kering Sewaktu Memandu?

Mata semestinya akan melakukan penting semasa kita memandu kerana tanpanya anda tidak boleh mengenal pasti berbilang objek, menentukan jarak dan kelajuannya bagi mencetuskan masa tindak balas.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mata kering, ia boleh menyebabkan lebih banyak objek tidak kelihatan dan memperlahankan masa tindak balas, terutamanya di persimpangan jalan dan bulatan. Kesan mata kering pada pemanduan cenderung lebih teruk pada waktu malam berbanding siang hari.

Oleh itu, apabila memandu, pastikan mata anda mendapat air yang mencukupi dan mempertimbangkan untuk melakukan beberapa persiapan yang bersesuaian.

  1. Jika anda memakai kata lekap, pertimbangkan untuk menukar kepada cermin mata untuk memandu.
  2. Gunakan ubat titis mata sebelum memandu
  3. Tetapkan penggera untuk mengingatkan anda berkelip dengan kerap semasa memandu, kerana merenung menjadikan mata kering lebih teruk
  4. Pastikan cermin mata, cermin depan dan lampu depan bersih.

Sekiranya anda mempunyai masalah mata kering yang kronik, pastikan anda mendapatkan preskripsi doktor yang menawarkan ubat-ubatan yang bersesuaian seperti:

  • ubat yang boleh menghasilkan lebih banyak air mata
  • ubat yang boleh mengurangkan keradangan pada kelopak mata atau kornea (permukaan mata)

Selain itu, secara umumnya, untuk mengurangkan masalah mata kering, anda perlu memastikan untuk mempraktikkan langkah seperti:

  1. Berkedip secara berkala semasa membaca atau menatap skrin komputer untuk jangka masa yang lama.
  2. Meningkatkan kelembapan di udara di tempat kerja dan di rumah.
  3. Pakai cermin mata hitam di luar rumah, terutama dengan bingkai pelindung, untuk mengurangkan pendedahan angin kering dan cahaya matahari.
  4. Minum banyak air setiap hari.
  5. Amalkan gaya pemakanan yang sihat yang membantu mengekalkan kehidratan dalam badan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd