Nestlé Harvest Gourmet Memperkenalkan Produk Baharu Untuk Segmen Makanan Laut Protein Tumbuhan – Crispy Fish-Free Fingers
Lina Rosli
Nestlé Harvest Gourmet, jenama makanan protein tumbuhan di Malaysia telah melancarkan kempen bertema #LoveAtFirstBite pada hari ini. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan konsep unik dari ladang ke pinggan yang tidak hanya memberikan impak yang mendalam kepada negara, tetapi juga kepada alam sekitar, masyarakat, pemakanan, dan kesihatan secara menyeluruh.
Di sepanjang kempen ini juga, Nestlé Harvest Gourmet turut memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Crispy Fish-Free Fingers. Ia merupakan sebuah pencapaian baharu dalam segmen makanan laut protein tumbuhan, dan akan menyertai rangkaian produk unggulannya seperti nuget, kutlet, burger, dan makanan kisar.

Menurut Nestlé Harvest Gourmet, produk ini diperbuat daripada sumber protein tumbuhan seperti kacang soya dan gandum sertai gabungan bahan-bahan seumpama paprika, kunyit, dan minyak biji sesawi bagi menambah kelazatannya.
Crispy Fish-Free Fingers bukan hanya menghidangkan rasa luar biasa dengan tambahan herba khas Itali seperti oregano dan daun rosemary, malah ia juga menjadi sumber protein dan serat yang luar biasa. Produk terkini ini juga bebas dari lemak trans, kolesterol, bawang merah, dan bawang putih, menjadikannya pilihan idaman bagi golongan vegan, vegetarian, dan semua golongan pada umumnya.

Berdasarkan perkongsian pengurus Nestlé Malaysia dan Singapura, jenama mereka menyedari akan trend peralihan ke arah makanan berprotein-tumbuhan dan mereka berhasrat untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup fleksitarian.