Ariani Memperkenalkan Koleksi Ikat Tepi – Turut Hadir Dengan Produk Eksklusif, Kolaborasi Bersama Shell Malaysia
Lina Rosli
Bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan pada akhir Ogos 2023 yang lepas dan akan disambung dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2023 ini, jenama fesyen muslimah Ariani telah hadir dengan satu koleksi baharu yang dikenali sebagai koleksi Ikat Tepi.
Koleksi Ikat Tepi ini menampilkan penawaran hijab yang menampilkan rekaan bercorak yang mengetengahkan unsur abstrak dan juga penggunaan motif garisan dan bentuk yang minimalis.
Memfokuskan kepada warna pastel dan juga warna monokrom, koleksi Ikat Tepi ini turut hadir dengan penampilan corak monogram yang tidak begitu menyerlah tetapi menarik di dalam setiap bentuk. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, coraknya kelihatan seperti buih pada minuman.


Berdasarka perkongsian Ariani, kali ini untuk koleksi Ikat Tepi, mereka menggunakan fabrik bukan satin iaitu, jacquard cotton.
Bagi yang anda ingin mengetahui, jacquard cotton merupakan bahan popular yang berasal dari bahan mentah semulajadi yang sering digunakan di dalam pembuatan pakaian. Kain jacquard ini bukan sahaja terasa lembut dan sejuk saat digunakan bahkan ia juga bersifat breathable dan tidak mudah renyuk.

Bersama-sama dengan pengenalan koleksi Ikat Tepi ini juga, Ariani bersama-sama dengan Shell Malaysia telah hadir dengan satu kolaborasi eksklusif yang mana mereka memperkenalkan barisan produk kegunaan ramai seperti totebag dan tumbler yang direka dalam warna eksklusif.

Buat masa ini, cawangan Shell Select yang mengambil bahagian hanyalah di kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor sahaja. Dan harga jualan untuk kedua-dua produk ini adalah:
- Double Wall Stainless Steel Tumbler – RM45
- Tote Bag – RM55