Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan selcare.com Kini Boleh Didapati Di Aplikasi SELANGKAH
Lina Rosli
Selgate Healthcare, anak syarikat penjagaan kesihatan SELGATE Corporation telah memperkenalkan selcare.com, sebuah platform atas-talian yang baharu dan telah ditambah baik.
Menerusi platfrom ini, ia menghimpunkan rangkaian komprehensif perkhidmatan penjagaan kesihatan, menghubungkan pesakit dengan profesional pakar kesihatan untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pesakit dan pengguna.

Menerusi penjenamaan selcare.com, ia dijangka akan berdiri sebagai mercu tanda inovasi, menawarkan pelbagai perkhidmatan yang bersesuaian untuk memastikan kesejahteraan individu. Ia bermula dengan penjagaan kejururawatan kepada pembelian ubatan di farmasi, platform Selcare dikhususkan untuk menyediakan perjalanan penjagaan kesihatan yang holistik dan mesra pengguna.
Apakah Ciri Dan Perkhidmatan Utama Yang Ditawarkan Di selcare.com?
Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan di selcare.com:
1. Perundingan Teleperubatan: Berhubung dengan profesional pakar kesihatan berlesen yang mana anda boleh mendapatkan nasihat perubatan, menerima diagnosis dan bincangkan pelan rawatan tanpa memerlukan lawatan secara fizikal.
2. E-Preskripsi: Selcare.com menawarkan e-preskripsi, membolehkan anda mengakses ubat preskripsi dengan mudah secara digital sekaligus menjimatkan masa dan usaha anda.
3. Temujanji Klinik Am dan Pergigian: Menerusi laman web selcare.com, pengguna kini membolehkan anda menjadualkan janji temu dengan hanya beberapa klik.
4. Penjagaan Kejururawatan: Nikmati penjagaan kejururawatan yang berkualiti mengikut keselesaan anda. Sama ada anda memerlukan bantuan dengan penjagaan luka, pentadbiran ubat, berpantang dan penjagaan warga tua atau keperluan penjagaan kesihatan lain, selcare.com menghubungkan anda dengan profesional kejururawatan yang berkelayakan.
5. Pembelian Mudah Farmasi Atas Talian: Akses pelbagai jenis ubat dan produk penjagaan kesihatan melalui kedai atas talian Jovian Selcare Pharmacy.

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan selcare.com Kini Boleh Didapati Di Aplikasi SELANGKAH
Bukan itu sahaja, perkhidmatan selcare.com kini boleh didapati di aplikasi super SELANGKAH. Dengan menyepadukan perkhidmatan penjagaan kesihatan komprehensif ini ke dalam aplikasi super SELANGKAH, kini pengguna dapat mengakses sumber penjagaan kesihatan berkualiti tinggi pada satu platform dengan lebih mudah.
Integrasi ini sejajar dengan misi Selcare untuk menyediakan pengalaman kesihatan yang mudah dan terbaik kepada pengguna, memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka terus terjaga.