MOCCONA Memperkenalkan Balang Kopi Bertemakan Akuatik
Lina Rosli
MOCCONA memperkenalkan balang hiasan edisi terhad baharu yang dihiasi dengan reka bentuk bertemakan akuatik. Ia bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai hidupan serta spesies yang terancam di lautan.
Diinspirasikan oleh dunia bawah air yang mempesonakan, balang hiasan edisi terhad MOCCONA menampilkan ilustrasi indah hidupan terancam, seperti ikan lumba-lumba sungai, penyu laut, dan anjing laut bertompok.

Menerusi tiga reka bentuk ini, MOCCONA menyasar untuk meningkatkan kesedaran mengenai habitat serta spesies terancam ini, serta pentingnya untuk memelihara khazanah yang tidak ternilai ini.
Menurut MOCCONA, balang ini diperkenalkan juga bagi tujuan menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula produk MOCCONA yang telah dibeli sama ada mengguna semula sebagai perhiasan, cawan kopi, atau bekas menyimpan makanan dan aksesori fesyen.

Balang hiasan edisi terhad ini boleh didapati dalam tiga intensiti kopi MOCCONA (Nombor 5, 8, dan 10) dan dua reka bentuk, boleh dibeli pada harga RM37.96 mulai hari ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian MOCCONA dan projek-projeknya yang lain, sila layari https://www.moccona.my/our-inspiration/.