Coolblog Buka Kiosk Flagship Pertama Di Pavilion KL – Turut Meraikan Ulang-Tahun Ke-18 Sejak Mula Beroperasi
Lina Rosli
Jika anda dengar nama Coolblog, pastinya anda teringin untuk mengimbau kembali kenangan melakukan pesanan untuk cawan pertama bagi jenama ini. Untuk penulis sendiri, menu yang paling digemari pada ketika itu adalah Chocolate Ice Blended yang ditambah dengan toppings – Nata De Coco.
Kini, tahukah anda bahawa jenama Coolblog telahpun menyambut ulang tahun mereka yang ke-18? Bagi yang tidak mengetahui, Coolblog telah mula beroperasi sejak tahun 2005 dan sekarang sudah mempunyai lebih daripada 290 cawangan di seluruh Malaysia.

Bergerak ke hadapan, Coolblog dijangka akan menambah lagi 20 cawangan baharu yang dirancang akan dibuka menjelang akhir tahun 2023.
Selari dengan sambutan ulang tahun ke-18 Coolblog juga, jenama ini telah membuka kiosk flagship mereka yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur di tingkat 5 berhampiran dengan Dadi Cinema.
Bersama-sama dengan pelancaran pembukaan kiosk ini, anda boleh mencuba menu minuman baharu yang pastinya akan mendapat tempat di hati ramai individu iaitu Creme Brûlée Cheese Milk Tea.


Untuk minuman Creme Brûlée Cheese Milk Tea, ia menampilkan minuman asas teh susu yang diadun bersama dengan sirap gula merah. Ia juga kemudiannya dilengkapkan bersama biji mutiara hitam (black pearl) dan juga keju yang telah dikaramelkan.
Menurut Coolblog, minuman signature ini hanya terhad untuk rangkaian kiosk flagship Coolblog sahaja. Tidak hanya itu, pengunjung juga boleh memesan waffle premium yang menampilkan pelbagai jenis perisa.

Bagi yang berminat, anda boleh mula berkunjung ke kiosk flagship mereka yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur bermula hari ini dan pesan minuman kegemaran anda pada harga serendah RM4.90 sahaja!