The Food Merchant Prelude Dibuka Di Pavilion Damansara Heights – Cawangan Ke-6 Selepas 2 Tahun
Lina Rosli
Bersempena pembukaan pusat membeli -belah Pavilion Damansara Heights pada hari ini (9 Oktober), nampaknya jenama pasaraya The Food Merchant Prelude tidak ingin ketinggalan dalam memperluaskan penawaran mereka kepada orang ramai di Malaysia.
Apa yang menarik, The Food Merchant Prelude ini menawarkan variasi pilihan produk bermula dari makanan kering hingga ke makanan laut dan basah serta beberapa keperluan rumah yang lain. Malah, mereka juga menampilkan konsep pembelian grab-and-go kepada para pengunjung untuk mendapatkan keperluan asas.

Untuk pengetahuan anda, Food Merchant telah memulakan perjalanannya pada tahun 2021 dengan pembukaan kedai utamanya di Pavilion Bukit Jalil, dengan tema “Sambutan Makanan”. Dan pada tahun 2022, mereka menambah lebih banyak lokasi yang boleh dilawati sekitar Lembah Klang seperti di Galeri Jualan WCity OUG dan Datum Jelatek.

Mengapa Dinamakan Sebagai The Food Merchant Prelude?
Buat masa ini, The Food Merchant Prelude masih lagi di dalam fasa 1 yang mana fasa kedua The Food Merchant ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2024 sekitar bulan Oktober.
Sewaktu pembukaan fasa kedua kelak, The Food Merchant dijangka akan menjanjikan pengalaman yang lebih luas dan menarik termasuk penawaran produk gastronomi yang variasi, perkhidmatan troli yang inovatif, dan mempergiatkan usaha kemampanan seperti plastik pembungkusan mesra alam.

Sewaktu Tajria berkunjung ke The Food Merchant Prelude ini juga, ada satu bahagian yang menarik perhatian kami di mana anda boleh mendapatkan produk-produk di lorong-lorongnya yang dihias dengan teliti dan dihiasi dengan bendera yang memudahkan navigasi yang mudah ketika pelanggan menerokai khazanah produk import yang unik.

Selain itu, The Food Merchant turut hadir dengan kolaborasi bersama Foodpanda bagi menawarkan pilihan pembelian secara atas-talian yang lebih mudah.
Melalui perkongsian ini, pelanggan kini menikmati kemudahan prapesanan, memilih masa penghantaran dan pengesyoran yang diperibadikan. Dengan lebih 3,000 item, pelanggan boleh menjimatkan sehingga 20% di semua lokasi The Food Merchant.
Untuk mendapatkan kelebihan lain menerusi pembelian anda di The Food Merchant, jangan ketinggalan untuk muat turun aplikasi ‘Yes, I Do” dan kumpul mata ganjaran yang juga bp;eh digunakan untuk pembelian.