Signature Market Memperkenalkan Kit Istimewa Yang Menawarkan Produk Dari 10 Jenama – Sempena Bulan Pinktober
Lina Rosli
Oktober ini, Signature Market bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dalam kempen yang memperkasakan wanita di Malaysia.
Turut bekerjasama dengan Signature Market dan Plant Origins bagi menjayakan kempen ini adalah beberapa jenama terkenal antarabangsa dan tempatan yang menyumbang produk dan perkhidmatan mereka bagi mencipta sebuah kit yang direka untuk para wanita bersempena bulan Pinktober.

Dan sebahagian daripada hasil jualan kotak hadiah itu akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.
Di setiap kotak istimewa ini, ia menampilkan nama kempen, “It’s ME” – dan di dalamnya menampilkan produk dari jenama terkenal antarabangsa seperti Marc Jacobs, philosophy, Libresse, Blackmores, Wardah, dan Youvit serta jenama tempatan Neutrovis dan Sunway Medical Center.

Setiap kotak hadiah It’s ME dijual pada harga RM49.90 dan boleh didapati secara atas talian menerusi laman rasmi Signature Market, Lazada, Shopee serta di kedai jenama itu di Design Village Pulau Pinang dan di Signature Market Experience Store yang terletak di IOI Putrajaya (LG-215).