Mengapa Anda Tidak Digalakkan Menggunakan Semburan Masakan Di Air Fryer?
Lina Rosli
Semburan masakan (non-stick cooking spray) sememangnya adalah pemudah cara untuk anda menyapu cecair seakan lubricant bagi mengelakkan makanan daripada melekat pada pan atau kuali.
Dengan hanya menyemburkannya di mana-mana bahagian pan atau kuali ini, anda boleh mengurangkan risiko makanan daripada melekat pada lapisan atas kuali sehingga boleh merosakkan rupa dan tekstur yang diinginkan pada hidangan.
Walau bagaimanapun, terdapat pakar yang menyatakan bahawa menyembur semburan masakan ini pada air fryer mempunyai kesan yang berbeza jika dibandingkan pada pan atau kuali biasa.

Ini kerana semburan memasak ini boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lapisan non-stick di dalam air fryer.
Untuk pengetahuan anda, semburan masakan ini mengandungi lesitin soya, pengemulsi yang telah diformulasi. Berbanding jika ia digunakan pada pan atau kuali, penggunaan di dalam air fryer adalah sedikit kurang stabil sekaligus boleh mengalami kemerosotan suhu sewaktu menggoreng.
Bukan itu sahaja, semburan masakan juga boleh memberi impak kepada rasa dan rupa makanan di dalam air fryer. Minyak semburan ini boleh menyebabkan perubahan warna dan memberi kesan pada rasa hidangan. Jika anda pernah menggunakan semburan masakan jenama Pam pada kuali panas, anda akan nampak betapa gelapnya warna itu.

Cara Mengurangkan Risiko Makanan Melekat Di Dalam Air Fryer
- Sapukan minyak pada makanan anda. Anda juga boleh merenjis minyak masak bakul selain menyapunya rata pada makanan itu sendiri. Pastikan anda menggunakan minyak dengan paras smoke point yang tinggi seperti canola atau bunga matahari.
- Gunakan pelapik air fryer. Terdapat pelapik kertas parchment pakai buang yang kelihatan seperti penapis kopi atau pilih pelapik silikon yang boleh digunakan sewaktu menggoreng menggunakan air fryer.
- Gunakan rak atau dulang. Menerusi rak atau dulang ini, makanan akan dinaikkan sedikit sekaligus membolehkan ia dimasak. Ia juga menghalang makanan anda daripada menyentuh bahagian bawah bakul yang menghalangnya daripada melekat.
- Buat paket foil. Susun makanan anda di dalam sekeping aluminium foil kemudian gulungkan bahagian tepinya. Pastikan udara boleh beredar di sekeliling paket.