A&W Buka Cawangan Pertama Di Kangar, Perlis – Dibuka 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu

October 19, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

A&W kini dibuka di Kangar, Perlis. Dengan ketibaannya di negeri Indera Kayangan, A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Menurut rangkaian makanan segera ini, cawangan A&W baharu ini mengukuhkan komitmen jenamanya untuk membawa makanan segera klasik serta ikonik ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan ke seluruh negara.

Apa yang menarik pada A&W di Kangar ini adalah mereka menyatakan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari, 7 hari seminggu buat komuniti setempat.

Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.

Selain itu, restoran A&W Baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu. Melaluinya, anda boleh menikmati dan menjamu selera sama ada terus di restoran ataupun mendapatkan makanan untuk dibawa dalam perjalanan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd