SEIKO Prospex “The Whale”, Jam Tangan Eksklusif Thong Sia – Terhad 1,000 Utas Untuk Jualan
Lina Rosli
Baru-baru ini, SEIKO dilihat telah mengeluarkan jam tangan yang ditawarkan khas untuk jualan di Thong Sia Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau dan Singapura yang dinamakan SEIKO Prospex SPB427 “The Whale” hanya akan tersedia dalam 1,000 utas untuk dijual kepada umum.
Menurut SEIKO, inspirasi penawaran jam ini adalah bagi menampilkan ciptaan jam yang indah yang boleh dilihat pada kumpulan ikan paus. The Whale ini juga telah diilhamkan oleh Humpbacks dalam usaha untuk menggabungkan rekaan klasik dan keanggunan dalam peredaran masa.

Pada dail jam, ia memperlihatkan pengunaan monokrom putih. Dan untuk mencipta warna kontras yang bersesuaian, SEIKO menggunakan warna hitam pada bahagian bezel boleh pusing.
Sarungnya juga mempunyai salutan yang sangat keras untuk melindunginya daripada calar dengan salutan anti-pantulan pada permukaan dalam untuk memastikan kebolehbacaan yang tinggi dari setiap sudut.
Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan SEIKO PROSPEX THE WHALE boleh ditawarkan sebanyak 1,0000 utas sahaja dan boleh mula didapati pada 31 Oktober 2023 pada harga RM4,950 seutas di Butik Thong Sia di negera yang terpilih.