Kementerian Perpaduan Negara Menganjurkan Acara Makan Sama-Sama Edisi Nasi Lemak – Di i-City Shah Alam Pada 28-29 Oktober
Lina Rosli
Pada akhir bulan Oktober 2023 ini, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dilihat menganjurkan sebuah acara Makan Sama-Sama (Edisi Nasi Lemak) di i-City, Shah Alam.
Acara yang akan berlangsung antara 28 dan 29 Oktober di CityWalk i-City, ini merupakan anjuran acara makan-makan pertama yang akan akan menampilkan lebih daripada 10 Nasi Lemak paling popular dan viral di Malaysia – termasuk pemenang anugerah nasi lemak seperti Village Park Nasi Lemak, Akka Nasi Lemak, Pak Naser Nasi Lemak, Chef Fauzey, dan Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi dan lain-lain lagi.

Sewaktu acara ini juga, rakyat Malaysia boleh mencuba sebanyak mungkin nasi lemak yang akan dijual pada harga Rahmah sekitar antara RM1 hingga RM5.
Selain itu, persembahan menarik lain dalam acara ini termasuk Sambal Smackdown dan Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Kanak-Kanak turut akan diadakan.
Selaras dengan acara ini juga, i-City akan membenarkan pengunjung masuk secara percuma tanpa had ke Waterworld@i-City bermula pukul 12 tengahari. Taman tema air ini terletak betul-betul bersebelahan dengan tapak acara. Pengunjung perlu datang bersedia dengan pakaian renang mereka.
Pas percuma ini diberikan sempena program tanggungjawab sosial korporat One Shah Alam, One Destination yang dilaksanakan oleh Central i-City Mall, DoubleTree by Hilton i-City, i-City and Mercu Maybank.