Jam Ini Direka Dan Dihias Dengan 12 Jenis Meteorit Berbeza – Dinamakan Sebagai Cosmopolis

October 30, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Menjadi antara jam yang paling unik di dunia, jam yang dinamakan sebagai Cosmopolis ini menampilkan 12 meteorit berbeza yang bercorak pada muka jam tersebut.

Menurut laporan, jam ini telah disahkan mempunyai serpihan meteorit yang terbanyak di dunia – disahkan pada 31 Julai 2023. Bagi yang tidak mengetahui, meteorit adalah serpihan batu atau logam yang jarang jumpa yang telah jatuh ke Bumi dari angkasa.

Dan pada jam ini, ia menampilkan pelbagai jenis meteorit yang jatuh sama ada dari bulan, planet Marikh dan juga asteroid.

  • DHOFAR 461 – Bulan
  • DHOFAR 1674 – Marikh
  • ALLENDE – Pancuran meteorit
  • ERG CHECH – Asteroid
  • JBILET WINSELMAN– Asteroid
  • ISHEYEVO – Asteroid
  • ALETAI ARMANTY – Asteroid
  • AGUAS ZARCAS– Pancuran meteorit
  • GIBEON – Asteroid
  • TOLUCA – Asteroid
  • SAHARA 97093 – Asteroid
  • CHONDRITE HITAM L5 – Asteroid

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jam ini, Cosmopolis ini telah direka dan dihasilkan oleh syarikat pembuat jam Swiss – Les Ateliers Louis Moinet S.A. yang mana dua individu penting yang menggerakkan proses kerja ini adalah Louis Moinet dan juga pengarah kreatif mereka iaitu Jean-Marie Schaller.

Melengkapkan rekaan jam ini, mereka menggunakan kerangka luar jam jenis rose-gold 18 karat dengan diameter 40mm serta menampilkan kemas tali jam berwarna hitam.

Menurut Les Ateliers Louis Moinet S.A. lagi, mereka menyatakan bahawa jam tangan Cosmopolis ini ditawarkan pada nilai sekitar RM1,174,754.96 tidak termasuk cukai (bersamaan $246,901).

Untuk mengesahkan meteorit yang digunakan, setiap satu meteorit disahkan oleh sijil yang dikeluarkan oleh pemburu meteorit yang merupakan sebahagian daripada Persatuan Meteorit.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd