Kedutan Di Bahagian Leher? Bagaimana Cara Untuk Mengatasinya?
Lina Rosli
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kedutan pada bahagian leher? Bagi anda yang tidak mengetahui, garisan atau kedutan yang muncul pada leher kelihatan seperti garisan mendatar dan apabila ia semakin banyak, garisan ini menjadi seperti lipatan.
Secara umunya, garis leher boleh berlaku disebabkan oleh gabungan faktor intrinsik dan persekitaran. Yang pertama adalah unsur di luar kawalan seperti genetik dan penuaan. Dan yang kedua ialah butiran luaran yang anda mempunyai tahap kawalan tertentu. Ini termasuk aspek seperti:
- pendedahan UV
- merokok
- gaya hidup tidak sihat

Tiga perkara di atas ini akan merosakkan kolagen dan elastin – ia adalah protein yang bertanggungjawab untuk kulit yang sihat dan muda. Apabila kesemua tidu protein ini rosak, ia akan menyumbang kepada peningkatan kedutan.
Tidak hanya itu, selari dengan peningkatan usia juga, garis bawah leher ini akan muncul dengan lebih cepat dan pantas. Oleh itu, kebanyakan orang tua akan memperlihatkan garis dan kedutan bawah leher yang lebih jelas.
Faktor utama yang menyebabkan kedutan dalam kalangan orang tua termasuklah otot leher, atau platysma yang semakin menjadi kendur.

Cara Mencegah Garis Leher
Anda boleh mulakan dengan perlaksanaan rutin penjagaan kulit bawah dagu yang konsisten. Ini kerana kawasan bawah leher merupakan kawasan yang sering diabaikan.
Antara contoh rutin yang boleh dipraktikkan adalah:
- Pertama sekali, gunakan pelindung matahari dengan kerap untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV terkumpul – pastikan anda kerap melembapkan leher anda.
- Amalkan penggunaan retinoid kerana ia juga boleh membantu meningkatkan pengeluaran kolagen untuk memperbaiki penampilan garis-garis halus dan kedutan. Satu kaveat penting: Kulit di leher anda lebih nipis daripada di muka dan, oleh itu, lebih mudah terdedah kepada kerosakan dan potensi kerengsaan.
- Tambah glucosamine dalam rutin penjagaan kulit leher. Bahan ini berfungsi melicinkan dan meregangkan kulit leher di samping mengurangkan kesan ‘hyperpigmentation’.