Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Biasa
Lina Rosli
Sekiranya anda mengesyaki rasa sakit dan pening kepala anda berlarutan sehingga beberapa hari seminggu atau sebulan, anda pasti tertanya-tanya sama ada ia adalah migrain atau hanya sekadar sakit kepala biasa?
Oleh itu, untuk mengetahui mana satu yang anda alami pada ketika itu, adalah penting untuk anda mengenalpasti gejala-gejala dan simptom khusus yang anda alami.
Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Biasa
Mari kita mulakan dengan sakit kepala. Ringkasnya, sakit kepala adalah keadaan dimana anda berasa tidak menyenangkan di bahagian kepala – boleh juga berlaku pada mana-mana bahagian kepala atau leher atas.
Terdapat pelbagai jenis sakit kepala yang boleh dialami termasuk yang disebabkan oleh ketegangan, jangkitan sinus dan penyakit lain.
Secara umumnya, gejala biasa yang mungkin akan alami termasuklah perasaan berdenyut, atau rasa sakit yang mencucuk, atau keamatan kesakitan berbeza-beza – bergantung kepada apa sahaja yang menyebabkannya.

Walaupun kebanyakan orang mengaitkan sakit kepala dengan sakit di otak, kesakitan sebenar yang dirasai adalah berpunca daripada tisu yang mengelilingi otak.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh menjadi singkat, berlangsung kurang dari satu jam, atau ia boleh berlarutan selama beberapa hari.
Sementara migrain pula adalah satu lagi jenis sakit kepala—atau sebenarnya, keadaan kompleks yang mana ia berpotensi melumpuhkan biasa aktiviti harian anda. Menurut pakar, migrain boleh disebabkan oleh kombinasi beberapa gejala iaitu:
- Sakit yang berdenyut-denyut yang sederhana hingga teruk dan terasa seolah-olah ia menyelubungi seluruh kepala atau beralih dari satu bahagian kepala ke bahagian yang lain.
- Kepekaan yang lebih tinggi kepada bunyi, bau atau cahaya.
- Masalah penglihatan – menjadi kabur dan tidak jelas.
- Masalah perut, termasuk kehilangan selera makan, loya, muntah, dan sakit perut lain yang tidak menentu.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Migrain Atau Sakit Kepala?
Untuk kedua-dua migrain dan sakit kepala, harus ditegaskan bahawa kedua-duanya tidak berlaku tanpa sebab. Gaya hidup dan faktor persekitaran tertentu boleh mencetuskan berlakunya sakit kepala.
Berikut adalah punca lain yang boleh menyebabkan sakit kapala:
- Kafein
- Perubahan dalam tidur atau kurang tidur
- Postur yang lemah
- Melangkau makan
- Tekanan
- Pendedahan kepada alergen
- Bau yang kuat daripada bahan kimia atau minyak wangi isi rumah
Dan kebiasaannya untuk migrain, sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami migrain, ia juga sebenarnya boleh diwarisi – tetapi setakat ini punca khusus gangguan itu masih tidak diketahui. Buat masa ini, teori yang diterima secara meluas ialah migrain berlaku apabila sistem trigeminovaskular yang melibatkan saraf dan saluran darah diaktifkan.

Dan walaupun setiap orang berbeza, terdapat keadaan tertentu yang boleh mencetuskan migrain. Kebanyakan keadaan ini bertindih dengan gaya hidup dan faktor persekitaran lain yang boleh menyebabkan sakit kepala migrain seperti kitaran haid, kehamilan, atau pil perancang.
Selain itu, estrogen, hormon wanita, juga mengawal bahan kimia dalam otak yang menjejaskan sensasi kesakitan. Apabila tahap hormon ini turun naik, disebabkan tekanan atau kitaran hormon, ia mungkin mencetuskan sakit kepala atau migrain yang menyakitkan.