Jenama Fesyen Love, Bonito Menawarkan Diskaun Menarik Sempena 11.11 – Potongan Harga Sehingga 70%

November 3, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari gaya minimalis daripada Love, Bonito, nampaknya pada bulan November ini, anda boleh mendapaykan koleksi kegemaran anda pada harga istimewa sempena Jualan Singles Day. Koleksi ini merangkumi pakaian Casual Wear, Fall/Winter, Workwear dan Wedding & Party.

Bilakah jualan Singles Day Love, Bonito bermula? Jawapannya, anda boleh merebut koleksi kegemaran anda bermula 3 November, Jumaat, 9 malam GMT+8 hingga 12 November, Ahad, 11.59 malam.

Berdasarkan perkongsian Love, Bonito, mereka menawarkan potongan hingga 70% untuk item terpilih. Malah, untuk ahli kelab Love, Bonito, anda boleh menikmati diskaun tambahan untuk item yang telah diturunkan harga: 

  • Potongan 20% untuk perbelanjaan minimum RM350 dalam satu resit
  • Potongan 15% untuk perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit
  • Potongan 10% untuk perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit

Jualan Singles Day Love, Bonito bermula pada harga RM30 hingga RM198, dan boleh didapati secara atas talian di https://www.lovebonito.com/my/sale ataupun di rangkaian fizikal berdekatan anda. Ketahui maklumat lebih lanjut di @lovebonito_my. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd