Coway Dan EcoKnights Telah Berjaya Membersihkan Dan Mengalihkan 252.5 Kg Sampah Di Sungai Kayu Ara TTDI
Lina Rosli
Selari dengan komitmen Coway dalam memperjuangkan kemampanan dan memupuk masa depan yang lebih hijau, Coway telah hadir dengan beberapa aktiviti CSR secara aktif.
Ini termasuk kerjasama antara Coway dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menerusi pengenalan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen 100 Juta Penanaman Pokok. Untuk pengetahuan anda, Coway dan FRIM telah menanam 20 pokok termasuk nyatoh taban merah, siput jantan merawan (Hopea odorata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), jambu batu bol (Syzygium malaccense) dan resak irian (Vatica rassak) di FRIM baru-baru ini. FRIM juga telah menyumbang kepada penanaman lebih 50,000 pokok di Malaysia.

Selain itu, Coway turut bekerjasama dengan EcoKnights dalam menggerakkan amalan mampan untuk planet yang lebih sihat melalui usaha kerjasama dengan pemegang kepentingan utama. Sejak 2021, Coway dan EcoKnights telah bekerjasama rapat untuk memastikan masyarakat bersih dan membersihkan lebih 2,000 kg sisa dari sungai di Lembah Klang.
Baru-baru ini, mereka berjaya melakukan pembersihan di Sungai Kayu Ara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan mengalihkan 252.5 kg sampah. Kerjasama antara Coway dan EcoKnights ini akan melanjutkan lebih banyak pembersihan sungai dalam beberapa bulan akan datang di beberapa lokasi di Lembah Klang.

Selain itu, untuk lebih mendidik para sukarelawan tentang pengurusan sisa yang betul, para sukarelawan dapat merasai pengalaman bengkel Eco membuat sbun dan mempelajari cara kitar semula minyak masak terpakai menjadi sabun.
Tidak sekadar itu, Coway Malaysia juga telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk menyokong aktiviti alam sekitar termasuk pembersihan log sungai, mengutip sampah sambil berjoging (Plogging), menggalakkan kitar semula, pemuliharaan terumbu karang dan banyak lagi.
Dengan memupuk alam sekitar, Coway berhasrat untuk memupuk warisan komuniti yang lebih bersih dan hijau untuk generasi akan datang.