Nikmati Pengalaman Serba Mewah Di Ruang Pameran W. Atelier Yang Menampilkan Produk Kelengkapan Rumah Dari TOTO

November 16, 2023
Dekorasi

Lina Rosli

Ditubuhkan sejak tahun 1914, TOTO merupakan jenama pertama yang memperkenalkan produk bilik air, iaitu tandas duduk kepada umum.

Bagi yang tidak mengetahui, TOTO merupakan sebuah jenama kelengkapan rumah yang mewah yang hadir dengan pelbagai solusi untuk keperluan untuk bilik air, dapur dan juga ruang lain di dalam rumah yang berasal dari Jepun.

Dan kini, TOTO dengan kerjasama W.Atelier telah memperkenalkan dan membuka sebuah ruang pameran sebesar 15,000 persegi di Petaling Jaya. Untuk pengetahuan anda, ruang pameran TOTO ini merupakan yang pertama di Malaysia dan juga yang ke-5 di Asia Tenggara yang menampilkan variasi pilihan produk untuk diterokai dan dinikmati oleh para pengunjung.

Di ruang pameran W. Atelier ini, para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman penggunaan solusi mewah dan serba moden dari TOTO untuk rumah ataupun ruang komersial. Terdapat lebih daripada 100 produk yang boleh dicuba dan diterokai bagi mendapatkan ruang bilik air atau dapur idaman anda.

Malah, para pengunjung juga berpeluang untuk datang ke bahagian teknikal TOTO bagi mengetahui teknologi-teknologi baharu yang digunakan bagi setiap produk mereka – ini termasuk penawaran produk terlaris mereka iaitu Neorest Water Closet yang menampilkan ciri-ciri pintar untuk tandas duduk.

Tambah TOTO lagi, bagi kebanyakan produk mereka, ia hadir dengan rekaan dan binaan yang tahan lama bagi memastikan keselesaan pengguna di sepanjang penggunaan. Selain itu, TOTO juga turut menumpukan kepada kebersihan yang dikenali sebagai ‘Cleanovation‘ dan juga estetika yang boleh disesuaikan mengikut citarasa moden para pengguna.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di ruang moden dan mewah TOTO, anda boleh melawat ruang pameran W. Atelier yang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya.

Untuk pengetahuan anda juga, selain di ruang ini, produk TOTO turut digunakan secara komersial di beberapa hotel dan pusat membeli-belah seperti di Mitsui LaLaport KL. Bergerak ke hadapan, mereka dijangka akan diperluaskan dan digunakan di satu tempat lagi di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Park Hyatt Hotel yang terletak di menara Merdeka 118.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd