Auntie Anne’s Mula Menggunakan Logo Baharu Yang Lebih Moden Di Beberapa Cawangan Di Malaysia
Lina Rosli
Jenama Auntie Anne’s sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar di Malaysia. Ia merupakan jenama pretzel yang terkenal yang menawarkan variasi pilihan produk seperti Pretzel, Bite & Nuggets, Long-Rolled, Dips dan Stix. Kini, Auntie Anne’s telah mengambil pendekatan baru dengan menampilkan penggunaan logo yang lebih berani dan segar.
Dalam pendekatan ini, logo baharu itu menggabungkan reka bentuk moden yang menarik perhatian. Pengubahsuaian logo ikonik melambangkan era baharu bagi jenama itu, menghasilkan identiti visual yang menarik yang sejajar dengan tawarannya yang menarik.

Menggunakan jenis muka taip yang lebih minimalis, Auntie Anne’s dilihat fokus untuk menarik perhatian para milenium dan Gen-Z – komited untuk memahami kesukaan, kemahuan dan keinginan mereka dalam mendapatkan sesuatu produk.
Bukan itu sahaja, berbeza dengan warna sebelum ini yang lebih cerah dan kusam, pemilihan warna biru baharu pada logo Auntie Anne’s tampak lebih muda. Logo yang dirombak bagi merangkumi estetika yang lebih berani dan diperbaharui, menunjukkan dedikasi Auntie Anne untuk kekal terkini dan terlibat dalam landskap trend makanan dan minuman yang sentiasa berubah.

Di samping penggunaan logo baharu, kempen dan pemasaran digital jenama Auntie Anne’s juga kelihatan lebih menarik dan berbeza. Mereka juga merancang untuk memperluaskan lagi pelan pembukaan cawangan di beberapa kawasan lain di seluruh Malaysia.