Educational Publisher Forum Malaysia 2023 Memfokuskan Kepada Pembangunan Pelajar Abad Ke-21

November 22, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Pada acara Educational Publisher Forum Malaysia 2023 yang berlangsung pada 22 November 2023, sebanyak lebih daripada 10 perbincangan dan diskusi telah dijalankan – melibatkan para penggubal dasar, pendidik dan pakar industri.

Bertemakan tentang pembangunan industri pendidikan menerusi tajuk “Membangunkan Pelajar Abad ke-21: Dasar, Strategi & Bahan Pendidikan”, terdapat banyak dapatan dan hasil perbincangan yang telah diperoleh.

Dalam satu kenyataan yang diutarakan oleh Andreas Schleicher, Pengarah Pendidikan dan Kemahiran OECD (organisasi yang menyelia PISA), beliau menyatakan akan kepetingan pembentukan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan pelajar yang merangkumi pelbagai aspek dari segi kandungan bahan pembelajaran, cara pengajaran di dalam kelas, pembabitan teknologi dan juga bahan digital, pengenalan polisi baharu dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, rata-rata speaker yang terlibat di dalam EPF Malaysia 2023 turut bersetuju yang mana bagi memastikan perkembangan yang positif dalam industri pendidikan – ia bukanlah sekadar komitmen dari satu pihak sahaja. Ia perlulah melibatkan semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan, penerbit, sekolah, guru-guru dan pelajar.

Selain itu, dalam satu perkongsian oleh Dr. Jessica Sänger yang merupakan pengarah persatuan penjual buku dan penerbit di Jerman, beliau menyatakan di mana peranan penerbit adalah penting dalam menyokong para pelajar menjalani proses pembelajaran yang lebih berkualiti seperti:

  • Menampilkan kandungan tempatan yang berkualiti
  • Pembangunan kandungan digital seperti buku teks, bahan bantu pembelajaran yang efektif.
  • Pilihan bahan-bahan sumber yang pelbagai.
  • Menawarkan kandungan untuk semua pelajar termasuk golongan pelajar istimewa dan sebagainya.
  • Mewujudkan kolaborasi yang sistematik untuk meningkatkan kualiti kurikulum.

Dalam acara ini juga, ia turut membuka minda para individu yang terlibat dalam memperkasakan kemajuan terkini dalam bidang teknologi pendidikan (EdTech). Menurut Dato’ Satinah Syed Saleh, di masa akan datang, akan muncul lebih banyak lagi peluang pekerjaan yang akan dibuka kepada para pelajar.

Oleh itu, setiap individu yang terlibat tidak kira guru, sekolah, kerajaan dan lain-lain perlu bersiap sedia dengan pelan pembelajaran yang lengkap dan sistematik agar pelajar sudahpun terdedah dengan perkara-perkara berkaitan dengan lebih awal.

Untuk pengetahuan anda, acara EPF Malaysia 2023 ini merupakan program yang dianjurkan secara maya oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd