Tips Melakukan Wangian Berlapis Dan Cara Untuk Membuatkan Bau Wangi Tahan Lama

November 22, 2023
Gaya Hidup

Lina Rosli

Pertama kali saya mendengar tentang perfume layering ataupun wangian berlapis ini, saya merasakan ia sesuatu perkara yang cukup menarik untuk dicuba. Ini kerana ia membantu anda mencipta dan menghasilkan bau yang lebih peribadi – bersesuaian dengan citarasa anda.

Untuk pengetahuan anda, teknik melapiskan wangian ini sebenarnya bermula di negara-negara Timur Tengah, di mana matlamatnya adalah untuk mencipta bau wangi khas untuk individu dengan menggabungkan beberapa wangian dari rak minyak wangi anda. Dengan ini, ia mencipta sesuatu yang unik untuk anda dan hanya untuk anda.

Bagi kebanyakan individu yang mencuba teknik ini, mereka kebiasaannya akan menggunakan sehingga lima atau enam wangian berbeza sekaligus untuk benar-benar menjadikannya bau wangian itu milik mereka.

Di negara Timur Tengah, antara jenis minyak wangi yang mereka gabungkan termasuklah attar berasaskan minyak, minyak bahan tunggal, dan lain-lain cecair wangian untuk menyatakan rasa, personaliti dan identiti individu.

Bagaimana Cara Untuk Mencari Kombinasi Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Wangian Berlapis?

Untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai untuk menghasilkan wangian berlapis, anda perlu mengenalpasti nota bau yang anda ada – dalam konteks ini, minyak wangi.

Semua jenis nota wangian boleh saling melengkapi antara satu sama lain dan inilah yang dipanggil sebagai seni minyak wangi. Wangian adalah pengalaman peribadi. Ia ditafsirkan secara berbeza bergantung pada biologi, tabiat budaya, atau diet individu yang memakainya.

Sebagai contoh, anda boleh menggabungkan pelbagai jenis bau bunga ataupun bau sitrus. Apabila semakin banyak nota yang anda gabungkan, semakin unik bau yang akan dihasilkan – gabungan minyak wangi daripada keluarga wangian yang berbeza untuk mencipta hasil yang paling menarik.

Apabila menggandingkan bau yang berbeza, peraturan am yang baik ialah bermula dengan asas yang hangat (warm base) dan kemudian tambahkan minyak wangi yang lebih berani tetapi ringan di atasnya. Walau bagaimanapun, anda perlu bereksperimen ragu untuk mengikuti mana-mana formula yang paling sesuai untuk anda.

Langkap 1 – Pilih Dua Wangian Dengan Kombinasi Terbaik

Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti dua wangian yang anda nikmati dan rasa akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Jika anda menghadapi masalah untuk menggabungkannya, anda boleh memilih dua daripada jenis minyak wangi yang sama sebagai penyelesaian yang mudah.

Langkap 2 – Sembur Minyak Wangi Dengan Bau Yang Paling Kuat Sebagai Asas

Untuk mengetahui sama ada bau minyak wangi tersebut sesuai untuk gabungan, anda perlu semburkannya pada diri anda – bukan pada sehelai kertas untuk memastikan anda mendapat penilaian yang tepat tentang bau yang sebenarnya pada anda.

Ini kerana, setiap individu mengeluarkan bau yang unik dan setiap seorang daripada kita mempunyai kimia badan yang berbeza. Ini bermakna minyak wangi yang sama akan berbau berbeza pada setiap orang.

Langkap 3 – Tambah Minyak Wangi Dengan Bau Yang Lebih Ringan Di Atas Semburan Asas

Sembur pada bau yang lebih ringan di kawasan yang berbeza untuk memastikannya tidak mengatasi bau yang seterusnya.

Kemudian, pilih titik nadi yang berbeza untuk digunakan seperti di belakang telinga, bahagian bawah leher anda, pergelangan tangan anda, di dalam siku anda ataupun di belakang lutut anda.

Langkap 4 – Biarkan Wangian Meresap Untuk Beberapa Minit

Biarkan gabungan wangian baharu anda matang. Anda perlu menguji pada kulit dan berjalan-jalan selama kira-kira 30 minit supaya anda boleh mendapatkan gambaran sebenar bagaimana wangian akan terungkap dengan kimia kulit anda yang unik.

Bagaimana Cara Untuk Menjadikan Bau Tahan Lama?

Pastikan anda menyembur minyak wangi pada kulit yang lembab. Anda boleh lapiskan minyak wangi anda di atas pelengkap, seperti gel mandian wangi dan losyen badan. Dengan ini, ia membolehkan asas yang baik untuk membantu bau anda bertahan lebih lama.

Selain itu, sembur wangian anda pada kawasan tertentu yang mempunyai peredaran darah yang lebih tinggi seperti leher dan pergelangan tangan anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd