Ini Senarai Penginapan Airbnb Unik Yang Boleh Diterokai Di Malaysia – Cadangan Oleh Empat Pempengaruh Tempatan
Lina Rosli
Tatkala kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 dan menyambut ketibaan tahun baharu, inilah masanya untuk meraikan semangat pengembaraan dalam diri kita, dan mula merancang untuk percutian tahun 2024.
Bagi memberi inspirasi kepada anda, 4 pempengaruh dari Malaysia telah mencadangkan beberapa lokasi menarik yang boleh anda terokai pada cuti hadapan.
Antara pempengaruh yang terlibat dalam mencadangkan lokasi menarik ini termasuklah Azfar Heri, Daisey Gorgeous dan Riza dan Michelle (Amirchelly).
#1 Penginapan Airbnb Pilihan AzfarHeri – Ruang yang Indah dan Luas
Memfokuskan kepada penawaran ruang yang luas dan besar, Azfar mencadangkan 2 penginapan menarik yang boleh anda tambah ke dalam senarai pilihan anda.
Menurut Azfar, penginapan Airbnb ini bukan sahaja praktikal untuk berkumpul bersama keluarga, tetapi juga turut dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk dapur serba lengkap serta mesin basuh.
- 12Haven merupakan sebuah vila tepi pantai yang menakjubkan di Port Dickson. Lengkap dengan kolam renang peribadi dan halaman belakang tepi pantai, ia adalah penginapan ideal untuk menikmati matahari terbenam dan barbeku, sambil mengukir kenangan yang bermakna bersama keluarga tercinta.
- The White Box Villa menjemput anda untuk menikmati suasana kehijauan Bentong, Pahang. Nikmati unggun api di bawah langit malam yang dihiasi bintang, di tempat berteduh lereng bukit ini yang jauh daripada hiruk-pikuk dan kesesakan kota.

#2 Penginapan Airbnb Pilihan Amirchelly – Ruang Penginapan Romantis Dan Mewah
Pasangan suami isteri Riza dan Michelle yang juga merupakan pempengaruh popular yang juga dikenali sebagai Amirchelly, berkongsi hasrat untuk meneroka dunia bersama-sama.
Menumpukan pada destinasi pantai dan romantis, pilihan Amirchelly adalah Villa Bunga Raya di Langkawi yang berinspirasikan keindahan Bali, serta Villa 9 yang mewah di Kuala Lumpur. Jauh daripada jalan-jalan sibuk, kedua-dua penginapan yang indah ini mempunyai ruang tamu yang luas dan kolam renang peribadi, sekaligus menawarkan percutian sempurna buat anda dan insan tersayang.

#3 Penginapan Airbnb Pilihan Daisey – Ruang Berteduh Yang Unik Dan Menenangkan
Sebagai pencipta konten, Daisey terkenal dengan kandungan menarik yang menonjolkan personalitinya. Beliau yang sentiasa mengidamkan sesuatu pengalaman unik telah menjadikan dua penginapan Airbnb berikut sebagai pilihannya.
- Berlatarbelakangkan sawah padi yang luas dengan pemandangan Gunung Raya yang indah, penginapan Rumah Bendang di Langkawi menyatukan kehidupan kampung yang tenang dengan alam semula jadi yang indah permai.
- RimbaJonker di Melaka merupakan sebuah penginapan yang diubah suai daripada rumah kedai lama dengan konsep ruang terbuka. Ia bersertakan sebuah halaman yang dihiasi tumbuhan hijau serta sebuah kolam renang peribadi untuk penginapan yang menyeronokkan dan menenangkan.

Menarik bukan? Kesemua penginapan ini telahpun disenaraikan di dalam laman web rasmi Airbnb. Sekiranya anda berminat, anda boleh memulakan tempahan anda bermula hari ini. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan, layari www.airbnb.com