Analisis Warna, Solekan Latte Adalah Antara Trend Kecantikan Terbesar Di TikTok Sepanjang Tahun 2023
Lina Rosli
Untuk tahun 2023, terdapat banyak perubahan dari segi trend kecantikan yang dipraktikkan oleh kebanyakan individu. Ini merangkumi cara penggayaan, pemilihan jenama produk dan juga pendekatan kecantikan yang paling patut diberi perhatian.
Jika anda perasan, kebanyakan trend kecantikan TikTok pada tahun 2023, rata-ratanya melibatkan petua dan makeup trick sedia ada yang telahpun menjadi pilihan ramai pada suatu ketika dahulu.

Sebagai contoh, trend solekan latte atau latte makeup merupakan teknik solekan yang menggunakan tona warna musim panas – namun solekan tersebut diberikan nama yang lebih trendy. Selain itu, terdapat beberapa lagi trend yang meningkat semula seperti trend analisis warna sama ada untuk hijab ataupun warna baju, pengenalan semula konsep retro dalam busana dan juga penggayaan rambut.
Bagi menyelami lebih lanjut tentang trend ini, mari kita lihat lima trend kecantikan TikTok yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2023.
Trend Penjagaan Kulit – Penggunaan Produk Yang Lebih Minimal
Di TikTok, rata-rata individu kini menumpukan kepada trend yang minimalis berbanding penggunaan produk yang maksima. Dalam kem minimalis, teknik penjagaan kulit kini lebih fokus kepada memperkemas rutin seseorang dan memfokuskan pada produk multi-tugas.
Selain itu, di suatu sudut lain, terdapat juga trend yang mana individu melapisi produk ultra-penghidratan seperti penggunaan produk yang memberi kelembapan bermula dari yang paling tidak likat kepada paling emolien. Pakar dermatologi menyokong kedua-dua metodologi, menggalakkan mereka yang berminat untuk mengingati keperluan kulit khusus mereka.
Trend Solekan Latte – Solekan Musim Panas Dengan Nama Yang Trendy
Penampilan kecantikan kali ini memfokuskan kepada kecantikan yang tampak semula jadi. Trend ini dimulakan oleh pencipta kandungan Rachel Rigler yang menyifatkan penampilan tahun 2018 dengan mencipta solekan yang tular. Beliau menggambarkan estetika musim panas yang ditandai dengan palet coklat dan warna tanah semula jadi.
Solekan latte atau latte makeup mendapat daya tarikan kerana kesejagatannya dan kualiti melindungi kulit daripada terdedah kepada sinar panas. Solekan ini menampilkan hasil seperti dicium matahari tanpa pendedahan matahari sebenar.
Trend Pemerah Pipi – Solekan Gadis Buah
Kecantikan yang diinspirasikan oleh makanan adalah ciri khas tahun 2023 – kemunculan “gadis tomato” dan “gadis strawberi”.
Trend ini dimulakan oleh Hailey Bieber menerusi satu perkongsian gambar swafoto dengan kapsyen “Musim panas gadis strawberi” – telah memberi inspirasi kepada para penggemar solekan musim panas.

Trend Analisis Warna Yang Sesuai Dengan Tona Kulit
Untuk trend analisis warna, ia merupakan idea yang diperkenalkan pada tahun 1980 oleh Color Me Beautiful yang merupakan perunding warna. Menurut Carole Jackson, dengan teknik membahagikan pewarnaan warna kulit manusia kepada bermusim, ia sekaligus menjadi alat yang sesuai untuk memahami jenis solekan dan warna busana apa yang sesuai untuk individu.
Dengan ini, warna yang sebelum ini digayakan oleh individu tidak semestinya bersesuaian dengan warna yang sebenar yang perlu dipilih oleh mereka. Di Malaysia, kebanyakan pencipta kandungan dan juga pakar terlatih mula menggalakkan pelanggan mereka untuk menganalisis warna supaya dapat memahami warna surai yang paling sesuai untuk mereka.
Trend Girl Math
Untuk trend ini, ia adalah pendatang baru dalam kalangan trend di TikTok. Girl Math adalah logik yang berkaitan dengan tabiat kewangan peribadi. Menurut Buzzfeed, “Girl Math” ialah trend yang sedang diputar di TikTok dalam usaha untuk mewajarkan perbelanjaan yang mungkin dilihat sebagai tidak rasional atau tidak perlu.

Untuk pengetahuan anda, trend ini menafsirkan di mana rata-rata pembelian adalah wajar. Sebagai contoh, anda membeli gincu pada harga yang tinggi, namun, apabila dikira dan dibahagi dengan berapa kali anda pakai dan berapa hari anda gunakan, sebenarnya anda mendapatkannya pada harga yang berbaloi dan jimat.