Texas Chicken Memperkenalkan Hidangan Ayam Baharu Red Fortune Chicken

January 9, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Texas Chicken dilihat menawarkan hidangan baharu yang enak dan menyelerakan, dikenali sebagai Red Fortune Chicken.

Ia merupakan hidangan ayam goreng yang disaluti dengan sos oren-merah yang menggabungkan pelbagai rasa iaitu tomato, cili dan rempah ratus yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Berdasarkan perkongsian Texas Chicken, ia menampilkan dua pilihan ayam iaitu ayam perap pedas dan juga jejari ayam. Kedua-duanya disaluti dengan tepung untuk menghasilkan gorengan yang rangup di luar tetapi empuk di dalam.

Bagi anda yang berminat, hidangan Red Fortune Chicken ini ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad. Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Texas Chicken berdekatan – yang kini sudah mempunyai lebih 90 cawangan di seluruh Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd