BloomThis Memperlihatkan Gubahan Bunga Menggabungkan Elemen Warisan Tradisi Dan Moden Sempena Tahun Baru Cina

January 16, 2024
Dekorasi

Lina Rosli

Syarikat cenderamata on-demand BloomThis mempersembahkan Koleksi Tahun Baru Cina eksklusif bermula pada 8 Januari 2024, sempena kehadiran Tahun Naga.

Koleksi bermusim ini menampilkan elemen warisan tradisi dan moden yang diterapkan ke dalam rangkaian gubahan bunga, tumbuhan hiasan dan bakul hadiah yang dipilih dengan teliti dan digubah dengan penuh seni. 

Koleksi Tahun Baru Cina BloomThis menzahirkan penghayatan kegembiraan, tuah dan kemakmuran menerusi sentuhan elemen kontemporari.

Bagi semua bunga-bunga yang ditampilkan di dalam koleksi ini, ia didapati dari kebun-kebun terkemuka di seluruh dunia yang kemudiannya disusun dengan teliti oleh penggubah bunga mahir BloomThis. Setiap gubahan ini mewakili tafsiran moden simbolisme Tahun Baru Cina.

Tumbuhan Hiasan Bertuah untuk Tahun Baru Cina

Selain gubahan bunga yang menawan, BloomThis turut memperkenalkan tumbuh-tumbuhan hiasan Tahun Baru Cina yang bertuah, yang terdiri daripada orkid yang indah, buluh hiasan yang tahan lasak, pokok duit Cina yang membawa kemakmuran dan pokok willow pussy yang renek. K

eajaiban botani ini dikarang bagi menambah sentuhan gaya dan simbolisme sempena perayaan Tahun Baru Lunar.

Bagi mereka yang ingin membuat kejutan kepada orang tersayang dengan hadiah yang bersifat peribadi, BloomThis menawarkan pilihan bakul hadiah istimewa sempena Tahun Baru Cina. Bakul hadiah buatan tangan ini dimuatkan dengan pelbagai jenis barangan dan ditata dengan perhiasan bertuah, menjadikan ia buah tangan yang sempurna untuk menyampaikan ucapan hangat pada musim perayaan.

Seiring dengan janji jenama BloomThis untuk mencipta detik-detik kebahagiaan buat pelanggan mereka, koleksi ini didatangkan dengan kad dan foto peribadi percuma, serta penghantaran percuma pada hari yang sama.

Selain itu, pelanggan yang membeli koleksi ini akan turut menerima sampul wang BloomThis percuma (selagi stok masih ada). 

Koleksi Gubahan Bunga BloomThis Sempena Tahun Baru Cina

Berikut adalah beberapa koleksi bunga yang boleh anda dapatkan di BloomThis:

Prosperity Dancing Lady Chinese New Year Flower Pot

Prosperity Dancing Lady Chinese New Year Flower Pot mewakili tuah di dalam sebuah pasu kecil, dengan willow pussy merah, gerbera jingga terang, dan orkid dancing lady.

Dilengkapi dengan Fatt Choy untuk menarik tuah tambahan, pasu bunga ini bukan sekadar hiasan semata-mata.

Longevity Apricot Cut Phalaenopsis Chinese New Year Flower Pot

Raikan tahun baru ini dengan warna yang menyerlah menerusi Longevity Apricot Cut Phalaenopsis Chinese New Year Flower Pot mempesonakan dengan orkid aprikot yang terang dan willow pussy merah yang menawan.

Ia gabungan perayaan tradisi serta keceriaan dan sempurna untuk memeriahkan sambutan tahun baru yang bakal diisi dengan kegembiraan dan kemakmuran. 

Eternal Opulence Chinese New Year Flower Box

Nikmati kemewahan gubahan Eternal Opulence Chinese New Year Flower Box. Beri merah dan bunga teluki merah digabungkan dengan daun five finger bagi menghasilkan gubahan yang mewah. Ia simbol kekayaan dan kemakmuran bagi menyambut tahun baru yang melimpah dengan keberkatan.

Blossoming Affluence Chinese New Year Flower Box

Selangkah lebih dekat dengan dunia kemakmuran yang ceria yang diserikan oleh Blossoming Affluence Chinese New Year Flower Box.

Ia merupakan kombinasi halia merah dan orkid dancing lady, yang diserikan dengan willow pussy merah jambu ceri. Kotak ini bukan sekadar sebuah gubahan bunga; ia sambutan kejayaan dan kegembiraan yang bakal menjelang tiba. 

Wonderful Life Chinese New Year Flower Box

Raikan kegembiraan hidup dengan Wonderful Life Chinese New Year Flower Box. Gerbera merah jambu, matthiolas ungu dan mawar champagne, diserikan dengan willow pussy merah jambu ceri dalam sejambak gubahan yang berharmoni. Ia mewakili detik indah kehidupan dan permulaan baharu dalam bentuk jambangan bunga.

Terdapat banyak lagi koleksi bunga dan hamper yang boleh anda dapatkan. Untuk menerokainya, anda boleh berkunjung ke laman web laman rasmi BloomThis atau singgah ke kedai fizikal mereka jika anda mahu melihat gubahan dan hadiah yang indah ini dengan lebih dekat serta membuat pesanan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd