Aplikasi Bask Bear Memudahkan Pesanan Minuman Dan Toasties Kegemaran Menggunakan Bask Bear Wallet
Lina Rosli
Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pesanan untuk minuman Bask Bear dan juga Toasties kegemaran anda terus dari aplikasi Bask Bear?
Berdasarkan perkongsian, aplikasi ini telahpun tersedia kepada umum yang mana anda sama ada boleh melakukan pesanan dan kemudiannya memilih penghantaran terus ke rumah (delivery) ataupun pengambilan di lokasi (self-pickup) kedai Bask Bear berdekatan anda.

Bagaimana Cara Untuk Melakukan Pesanan Minuman Dan Toasties Menggunakan Aplikasi Bask Bear?
Berikut adalah tiga langkah utama yang perlu anda ikuti:
- Daftar akaun di aplikasi Bask Bear. Muat turun aplikasi di kedai App Store atau Play Store.
- Pilih sama ada anda ingin lakukan penghantaran terus ke rumah atau ambil sendiri di kedai.
- Kemudian, pilihan minuman dan makanan yang anda ingin pesan.
- Untuk melakukan pembayaran, anda boleh menggunakan ciri Bask Bear Wallet untuk proses yang lebih mudah.
Menerusi dompet digital tersendiri Bask Bear iaitu Bask Bear Wallet, ia dijangka akan membantu mempercepatkan proses pesanan di samping menawarkan nilai kredit yang berbaloi kepada pengguna. Anda boleh menambah nilai kredit sama ada menerusi perbankan atas-talian, dompet digital ataupun kad debit atau kredit.

Bagi setiap tambah nilai wang ke dalam Bask Bear Wallet, anda berpeluang mendapatkan mata ganjaran iaitu RM1 untuk 2 mata ganjaran. Dan sekiranya mata ganjaran yang terkumpul sudah mencukupi, anda boleh menebus minuman atau makanan yang dikehendaki di semua rangkaian Bask Bear di seluruh Malaysia kecuali di Bask Bear di AEON Delica, Max Valu dan Cold Storage KLCC.
Untuk menggunakannya, jangan ketinggalan untuk memuat turun versi aplikasi Bask Bear yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play Store.