anothersole Mengumumkan Pelancaran Koleksi Forever Hello Kitty
Lina Rosli
anothersole, jenama kasut dan aksesori yang bertapak di Singapura mengumumkan pelancaran koleksi ‘Forever Hello Kitty’ – menampilkan Hello Kitty, satu ikon Sanrio yang tidak asing lagi di seluruh dunia.
Koleksi ‘Forever Hello Kitty’ menyuntik nafas baharu kepada produk-produk utama anothersole, seperti kasut sukan 247 yang popular, kasut ‘flat’ Anytime, sandal, dan beg mini ANEW yang bergaya.
Semua produk ini diterapkan unsur Hello Kitty, termasuk reben ikoniknya, serta menggunakan warna seperti krim, merah jambu pastel dan merah terang yang mewakili watak comel itu. Namun, paling mencuri perhatian ialah kasut ‘flat’ Anytime yang menampilkan tali kasut satin dan ilustrasi Hello Kitty yang sedang mengintip bagi menyerlahkan ikon yang memikat hati itu.

Kolaborasi unik itu menyatukan satu ikon klasik dengan fesyen kontemporari, direka khas untuk mereka yang tercari-cari fesyen yang sesuai untuk orang dewasa, berfokuskan keselesaan, dan bertemakan Hello Kitty.


Rangkaian baharu tersebut boleh didapati di kedai dan secara atas talian. Setiap produk bukan hanya direka dengan teliti untuk menonjolkan watak Hello Kitty, tetapi juga mengekalkan unsur klasik dan keselesaan, dan sesuai untuk penggayaan harian.
Lebih menarik lagi, anothersole turut memperkenalkan penuras Instagram yang merangkumi unsur reka bentuk daripada koleksi ‘Forever Hello Kitty’. Ciri inovatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran jenama dengan melibatkan para peminat serta menggalakkan mereka untuk berkongsi hantaran tentang jenama itu di media sosial.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membeli koleksi Forever Hello kitty di butik anothersole di Seibu TRX. Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan koleksi ‘Forever Hello Kitty’, layari https://intl.anothersole.com/.