dUCk Memperkenalkan Produk Penjagaan Rambut Tersendiri Untuk Rambut Gugur Dan Kerinting
Lina Rosli
Sebelum ini, jenama fesyen tempatan, The dUCk Group telah sedia hadir dengan sub-jenama yang memfokuskan kepada penjagaan diri dan kecantikan iaitu dUCk Cosmetics.
Menerusinya, ia hadir dengan pelbagai pilihan produk kosmetik termasuk gincu, pembayang mata, bedak asas, palet wajah dan banyak lagi.
Dan yang terbaru, dUCk nampaknya mula memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan produk penjagaan rambut yang merangkumi syampu rambut, perapi rambut dan juga tonik rambut.

Menerusi laman Instagram @theduckgroup, untuk produk rambut terbaru dari dUCk ini, jenama ini memfokuskan kepada solusi untuk rambut gugur dan juga mengawal rambut kusut dan kerinting.
Untuk produk rambut anti-gugur atau produk Anti-Hair Loss dUCk, ia diperkaya dengan minyak Argan, minyak kelapa dan sel stem epal – yang berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut, mengawal kulit kepala berminyak. Rambut anda juga akan dipelihara dan mempunyai sentuhan seperti sutera dan licin
Manakala bagi rangkaian Frizz Control, syampu ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti minyak argan, sel stem epal dan madu. Selain berkhasiat dan menampilkan kekuatan antioksidan, rangkaian ini juga menawarkan ciri anti-bakteria dan anti-radang untuk memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai kulit kepala yang kering, meradang atau gatal dan keadaan seperti kelemumur.

Tambah dUCk lagi, menerusi penggunaan bahan aktif seperti sel stem epal dan minyak argan, ia membantu menyuburkan akar dan melindungi rambut anda.
Ditambah dengan bau betik manis yang halus, produk ini dijangka akan memastikan rambut anda kelihatan segar dan berbau harum sepanjang hari.
Bagi yang berminat, kesemua produk ini akan mula tersedia bermula 2 Februari 2024 pada jam 10 malam di laman web mereka di www.getducked.com dan aplikasi dUCk di App Store dan Play Store.