HABIB Menampilkan Koleksi Barangan Perhiasan Edisi Terhad Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

February 2, 2024
Uncategorized

Lina Rosli

Dalam meraikan Tahun Baharu Lunar, HABIB menampilkan koleksi baharu yang indah, seperti Oro Italia 916, berlian, batu permata dan koleksi emas 999.9 edisi terhad.

Kini sedang berlangsung sehingga 12 Februari 2024, kempen perayaan ini diadakan di seluruh bilik pameran HABIB serta di platfrom atas-talian HABIB – menawarkan kepada pelanggan rekaan barangan perhiasan yang bertemakan Tahun Naga.

Untuk koleksi Oro Italia 916 atau lebih khusus Koleksi Clara, koleksi ini memancarkan warna yang menyerlah, menggunakan teknik cataphoresis lacquer pada masa yang sama turut mengekalkan mutu emas 916 (22K), dan membawa suasana yang ceria pada setiap majlis.

Kelihatan sempurna untuk digayakan bersama pakaian tradisional ataupun kontemporari, koleksi ini sesuai untuk melengkapkan penampilan ke acara kunjung mengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, buat mereka yang lebih menggemari gaya moden, HABIB menawarkan koleksi berlian dan batu permata yang indah, untuk memenuhi gaya mewah hari ini.

HABIB juga turut menawarkan koleksi emas 999.9 edisi terhad ‘Tahun Naga 2024’, termasuk Wafer Syiling Emas, Nota Emas (Gold Note) dan Jongkong Emas. Direka kemas dengan sentuhan warna tuah, merah dan emas, bagi melambangkan kekuatan dan kemakmuran, koleksi-koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai simpanan pelaburan.

Koleksi ini juga boleh dijadikan sebagai inisiatif kepada tradisi tahunan pemberian angpao, sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Koleksi emas 999.9 HABIB ‘Tahun Naga 2024’ termasuk :

  • Wafer Syiling Emas dengan berat 0.2 gram, juga boleh digantikan sebagai angpao Tahun Baru Lunar, dengan harga RM118 sekeping.
  • Set Wafer Syiling Emas Berganda, setiap satu seberat 0.2 gram, dijual pada RM118 sekeping ataupun secara set dengan harga (RM236) untuk dua keping.
  • Nota Emas (Gold Note) dengan rekaan elegan seperti sebuah bingkai, juga cantik untuk menghiasi rumah, untuk membawa tuah yang bahagia. Berharga RM775 sekeping, set nota emas ini dengan berat 2 gram ini juga merupakan caturan yang bijak untuk permulaan pelaburan emas.
  • Jongkong Emas ditawarkan bermula 1 gram sehingga 100 gram, memberi fleskibiliti dalam pilihan pelaburan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd