KAO Memperkenalkan Losyen Penghalau Nyamuk Bioré GUARD Mos Block Serum Di Malaysia
Lina Rosli
Khusus untuk menghalang gigitan nyamuk di permukaan kulit individu, KAO hadir dengan produk penghalau nyamuk yang sesuai untuk kegunaan harian – Bioré GUARD Mos Block Serum.
Tidak merengsakan dan tidak menyebabkan alahan pada kulit, KAO komited dalam memastikan perlindungan yang efektif kepada individu lebih-lebih lagi melibatkan nyamuk. Ia menawarkan produk yang tidak berminyak dan bertekstur ringan – penggunaannya seperti sapuan losyen pada badan yang mana ia akan memberikan liputan menyeluruh pada kulit.

Menurut KAO lagi, Bioré GUARD Mos Block Serum ini hadir dengan teknologi anti-hinggap yang mana menggunakan minyak silikon sebagai bahan utama. Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas individu, serum pelindung ini berfungsi dengan baik dalam melindungi nyawa rakyat Malaysia daripada gigitan nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi dan malaria.
Berbeza daripada penghalau serangga konvensional, Bioré GUARD Mos Block Serum tidak menggunakan bahan aktif meruap seperti diethyltoluamide (DEET) atau Picaridin yang mungkin mengakibatkan reaksi sensitif.
Bagi yang ingin mendapatkan Bioré GUARD Mos Block Serum, produk ini boleh didapati dalam dua wangian yang menarik iaitu Fresh Lavender dan Sweet Blossom pada harga RM24.90 untuk tiub 100g.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia, kes denggi direkodkan meningkat dengan ketara, dengan 123,133 kes yang telah dilaporkan bagi tahun 2023. Peningkatan ini bersamaan dengan 86.3% berbanding kepada tahun sebelumnya. Kes maut akibat denggi juga telah meningkat sebanyak 78.6%, dengan frekuensi kes tertinggi di Selangor.
Pada suku pertama 2024, sebanyak 41,565 kes jangkitan dan 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah direkod, menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Oleh itu, dengan kerjasama antara KAO dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Kesihatan Awam Negeri Selangor, mereka akan melaksanakan Program Pencegahan Denggi menerusi aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang ancaman demam denggi.
Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah:
- Menandatangani MoA dengan Kerajaan Negeri Selangor dan MoU dengan Takeda Malaysia
- Ceramah kesedaran tentang bahaya demam denggi, cara mencegah dan mengurangkan penularan, di 50 sekolah terpilih
- Tiga sesi pembersihan komuniti di kawasan wabak denggi terpilih di negeri Selangor