Kuala Lumpur, Pulau Pinang Antara Destinasi Di Malaysia Yang Menjadi Pilihan Pelancong Thai

June 14, 2024
destinasi

Lina Rosli

Berdasarkan perkongsian Agoda, Kuala Lumpur merupakan destinasi di Malaysia yang mendapat jumlah carian tertinggi dalam kalangan pelancong Thai, diikuti dengan Pulau Pinang, Johor Bahru, Genting Highlands dan Langkawi.

Pilihan destinasi ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti penawaran budaya dan tarikan yang unik dan makanan yang lazat.

Selain itu, selari dengan pengumuman daripada Menteri Pengangkutan Malaysia yang membenarkan bas pelancongan dengan pendaftaran Thailand memasuki Malaysia – makanya para pelancong tidak lagi hanya berkunjung ke negeri yang mempunyai lapangan terbang atau laluan keretapi sahaja.

Dengan adanya tawaran bernilai hebat untuk tempat-tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi pelancongan. Jadinya, semua pihak perlu sentiasa bersedia untuk membantu para pelancong Thai dan Malaysia untuk bercuti dengan mudah dan lancar.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd