MamyPoko Dan MBPJ Hadir Dengan Inisiatif Melindungi Bayi Dan Penduduk Sekitar PJ Daripada Denggi

June 24, 2024
Uncategorized

Lina Rosli

Bersempena Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18 tahun 2024, MamyPoko, jenama lampin seluar bayi, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menjalinkan kerjasama melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik di rumah pangsa Medan 32, sebuah lokasi “hotspot” demam denggi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR jenama ini yang berterusan, dan kempen #MamyPokoAgainstDengue, telah dilancarkan secara aktif tahun lepas bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants pertama di dunia di Malaysia.

Pelancaran MamyPoko ANTIMOS Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Dicipta dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun, lampin seluar ini memberikan ibu bapa Malaysia cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigitan nyamuk.

Usaha inisiatif anti denggi ini juga selaras dengan tema sambutan ulang tahun ke-18 MBPJ, yang menekankan penjagaan kebersihan dan keselamatan Petaling Jaya.

Melalui usaha gabungan ini, kedua-dua pihak iaitu MBPJ dan MamyPoko berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk di kawasan ‘hotspot’ denggi untuk mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan mencegah penularan kes demam denggi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd