Selain COFFIZZ, ZUS Coffee Kini Turut Hadir Dengan Espresso Latte Dalam Tin

June 26, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Selepas kejayaan pengenalan produk kopi sparkling, iaitu COFFIZZ – mencatatkan jualan mencecah 50 juta tin terjual, nampaknya ZUS Coffee sekali lagi memperluaskan penawaran produk mereka dengan satu lagi produk minuman tin baharu.

Selari dengan identiti mereka sebagai jenama kopi inovatif tempatan, ZUS Coffee kali ini memperkenalkan satu lagi produk baharu iaitu Espresso Latte yang ditawarkan di dalam tin.

Espresso Latte ini merupakan minuman kopi bersusu yang ditawarkan di dalam tin – yang mana berbeza dengan COFFIZZ sebelum ini yang menggabungkan kopi dengan air berkarbonat. Selain itu, Espresso Latte ini juga menampilkan kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding COFFIZZ.

Oleh itu, sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan caffeine-fix pada bila-bila waktu, Espresso Latte ini ditawarkan secara eksklusif di tiga kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia iaitu bila-bila Mart, emart24 dan juga Family Mart.

Selamat mencuba!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd