Nespresso Dengan Kerjasama Pantone Memperkenalkan Mesin Kopi Vertuo Pop Dengan 5 Pilihan Warna Unik
Lina Rosli
Nespresso melancarkan koleksi Unforgettable Mediterranean Summer dengan minuman kopi ais yang menyegarkan, menampilkan perisa edisi terhad baharu dan aksesori yang serba anggun.
Lengkap dengan resipi kopi yang lazat, koleksi ini didatangkan dengan pilihan warna yang dipilih secara khusus dengan kerjasama Pantone iaitu pilihan warna yang selari dengan bandar ikonik persisiran pantai Mediterranean. Warna-warnanya adalah Mandarin Orange, Habanero Gold, Muskmelon, Aquarelle dan Blue Lolite.





Diinspirasikan oleh destinasi mewah seperti French Riviera, Kepulauan Greek dan Semenanjung Balkan, koleksi musim panas yang berwarna-warni ini direka untuk memberikan aroma, rasa serta gaya seperti sebuah percutian impian pada musim panas.
Bukan itu sahaja, Nespresso turut menawarkan koleksi kopi edisi terhad yang sesuai dinikmati bersama ais, seperti Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Original dan Tropical Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Vertuo terus memberikan rasa eksotik yang unik untuk musim panas anda.
Sebagai pelengkap kepada edisi terhad ini, Nespresso turut menawarkan minuman kopi bermusim yang turut menjadi kegemaran ramai termasuk kopi ais Barista Creations Nespresso untuk rangkaian mesin Vertuo yang lebih enak dinikmati dengan susu – minuman kopi bermusim Ice Leggero dan Ice Forte.

Penggemar kopi yang memiliki rangkaian mesin Original Nespresso boleh menikmati minuman kopi bermusim Freddo Delicato dan Freddo Intenso. Selain itu, koleksi musim panas kali ini turut menampilkan kopi Cadiz Espresso dan Lisbon Bica yang merupakan sebahagian daripada siri World Explorations yang diinspirasikan oleh bandar-bandar di seluruh dunia.
Selain itu, koleksi Unforgettable Mediterranean Summer tidak akan lengkap tanpa koleksi aksesori edisi terhad baharu seperti Nespresso x Pantone Coffee Mug, Ice Lolly Mold dan Coaster, yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan kopi kegemaran anda. Nomad Travel Mug, Iced Coffee Nomad Tumbler dan Ice Cube Tray turut diberikan gaya yang lebih segar dengan koleksi rona Pantone.
Bagi yang berminat, koleksi Nespresso Unforgettable Mediterranean Summer telah dilancarkan secara atas talian dan di butik Nespresso pada 18 Jun 2024, ia boleh didapati untuk tempoh dan kuantiti yang terhad sahaja.