LAC Malaysia Berkongsi Cara Pengambilan Probiotik Dan Prebiotik Secara Kreatif Di Dalam Diet Harian

July 3, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

Kesihatan usus memainkan peranan penting dalam kesejahteraan keseluruhan kita. Probiotik dan prebiotik adalah dua elemen penting yang membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota dalam usus.

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu pencernaan dan meningkatkan sistem imun, manakala prebiotik adalah serat yang menjadi makanan untuk bakteria baik tersebut.

Mengetahui akan sukarnya untuk segelintir individu untuk mendapatkan khasiat probiotik dan prebiotik yang mencukupi, LAC Malaysia telah berkongsi beberapa kaedah yang boleh anda praktikkan dalam menjaga kesihatan usus.

Mengambil Suplemen Secara Kreatif

Jika sukar mendapatkan probiotik daripada makanan, suplemen adalah alternatif yang baik. Salah satu jenama yang boleh dipercayai adalah LAC Malaysia.

LAC Malaysia menawarkan pelbagai produk probiotik berkualiti tinggi yang mudah diambil dan diserap oleh badan. Produk-produk mereka dirumus dengan teknologi terkini untuk memastikan keberkesanan dan kualiti probiotik terjaga.

LAC Malaysia juga berkongsi pelbagai tips untuk memasukkan suplemen probiotik mereka ke dalam makanan harian seperti kek dan pemanis mulut. Contohnya, anda boleh menambah LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs ke dalam adunan kek atau smoothie untuk meningkatkan pengambilan probiotik tanpa mengubah rasa makanan tersebut. Ini menjadikan cara pengambilan probiotik lebih menarik dan lazat, terutamanya bagi mereka yang kurang gemar menelan kapsul.

Selain itu, satu lagi cara kreatif untuk mengambil suplemen probiotik adalah dengan menambahnya ke dalam minuman harian anda. Serbuk probiotik LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs, boleh dicampurkan ke dalam jus, teh, atau kopi untuk meningkatkan pengambilan probiotik tanpa mengubah rasa minuman tersebut.

Bagi mereka yang suka makanan sejuk, anda juga boleh menyediakan popsikel dengan campuran yogurt dan buah-buahan segar. Tambahkan LAC Probiotic Complex 25 Billion CFUs ke dalam campuran sebelum membekukannya. Ini adalah cara yang menyeronokkan dan lazat untuk memastikan anda mendapat probiotik harian anda, terutamanya pada hari-hari panas.

Dengan kaedah ini, anda boleh memastikan mendapat cukup probiotik dan prebiotik dalam diet harian anda. Kesihatan usus yang baik akan memberikan banyak manfaat, termasuk peningkatan sistem imun dan pencernaan yang lebih baik.

Produk-produk suplemen LAC Malaysia menawarkan cara yang mudah dan berkesan untuk mencapai keseimbangan ini, memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd