Skechers X SPYxFAMILY Menampilkan Kasut, Pakaian Dan Aksesori Yang Diinspirasikan Oleh Watak-Watak Anime SPYxFAMILY
July 12, 2024
Fesyen
Lina Rosli
Skechers memperkenalkan koleksi kerjasama dengan SPYxFAMILY buat kali pertama. Berdasarkan perkongsian Skechers, koleksi eksklusif SPYxFAMILY ini menampilkan kasut, pakaian dan aksesori yang diinspirasikan oleh watak-watak dari anime popular tersebut.
Antara produk-produk yang boleh anda dapatkan termasuklah:
- Kasut: Sneaker Skechers Street Koopa Court dengan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam. Kasut ini hadir dalam dua reka bentuk dengan warna-warna yang diilhamkan oleh watak utama SPYxFAMILY.
- Pakaian: Dapatkan juga tshirt, hoodie, pullover dan seluar pendek yang direka untuk keselesaan dan gaya.
- Aksesori: Selain itu, terdapat juga aksesori eksklusif Skechers X SPYxFAMILY seperti topi besbol, beg sling dan juga beg galas yang direka dengan elemen SPYxFAMILY.


Untuk koleksi edisi terhad ini juga, Skechers hadir dengan Skechers Foamies Surge, iaitu kasut kalis air yang ditampilkan dalam lima pilihan warna.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua koleksi ini, Skechers X SPYxFAMILY kini tersedia di kedai konsep Skechers terpilih dan boleh juga melakukan pembelian di platform atas talian Lazada pada 12 Julai 2024 serta di Shopee mulai 1 Ogos 2024.