Salad Atelier Sudah Beroperasi Selama 10 Tahun Di Malaysia – Kini Mempunyai Variasi Pilihan Makanan Dari Poke Bowl Hingga Ke Pasta
Lina Rosli
Salad Atelier kini mengumumkan sambutan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan kehadiran selama sedekad dalam mempromosikan pemakanan sihat dan enak di Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kesetiaan pelanggan, Salad Atelier menampilkan variasi pilihan penawaran yang merangkumi pengenalan menu makanan baharu, dan juga beberapa promosi menarik seperti diskaun pada item terpilih dan juga servis langganan makanan.

Selain itu, Salad Atelier juga turut melakukan kolaborasi dengan jenama-jenama terkemuka seperti AIA Malaysia, ShopeeFood, Fuze Tea dan Anytime Fitness – ini bertujuan untuk membawakan pengalaman unik dan tawaran-tawaran menarik kepada para pelanggan.
Usaha sama ini mencerminkan komitmen jenama ini dalam menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat serta gaya hidup yang lestari, pada masa sama menyediakan nilai tambahan serta menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik yang sesuai untuk segenap usia.


Antara tawaran menarik yang boleh anda dapatkan di Salad Atelier sekiranya anda berkunjung ke cawangan mereka, anda boleh menikmati:
- Tawaran harga hanya RM10 bagi hidangan terpilih setiap 10, 20 dan 30 haribulan sepanjang tahun ini.
- Promosi untuk pembelian kedua pada harga hanya 10 sen sahaja.
- Pelan langganan makanan – pelanggan boleh memilih sama ada mendapatkan makanan yang tetap (gaya Omakase) ataupun makanan yang tertentu untuk hidangan pada hari tersebut.

Perjalanan 10 Tahun Salad Atelier
Mengimbas kembali perjalanan Salad Atelier, jenama ini dilihat telah membuka cawangan mereka yang ke-20 mereka di sekitar Lembah Klang – dan akan meluaskan jumlah rangkaian kedai di Johor Bahru dan Pulau Pinang pada tahun ini.
Jika anda lihat, rekaan kedai Salad Atelier telah mula dikemaskini yang mana kini mereka mula menggunakan logo dan papan tanda baharu. Ini selari dengan misi mereka bagi mengajak lebih ramai individu untuk berkunjung ke kedai mereka. Bukan itu sahaja, penjenamaan semula ini turut bertujuan untuk menandakan lembaran baharu yang ingin mereka tampilkan di kesemua rangkaian mereka.

Tambah Salad Atelier juga, mereka turut berkerjasama dengan Sunway XFarms dalam menawarkan bahan-bahan mentah yang segar dari kebun mereka – seperti daun selada yang digunakan di dalam menu mereka.

Untuk pengetahuan anda juga, kebun Sunway XFarms menggunakan teknik penanaman secara hibrid dan tradisional. Ini bagi mendapatkan variasi di dalam penawaran mereka – selain menjamin konsistensi di dalam hasil tuaian.
Bagi anda yang berminat untuk menikmati hidangan-hidangan lazat Salad Atelier dan menerokai kedai mereka yang berwajah baharu, kunjungi ke cawangan Salad Atelier berdekatan anda hari ini.