Cosentino Memperkenalkan Koleksi EARTHIC – Koleksi Permukaan Yang Menggunakan Bahan-Bahan Kitar Semula

July 19, 2024
Dekorasi

Lina Rosli

Cosentino, peneraju global dalam pengeluaran dan pengedaran permukaan inovatif untuk seni bina dan reka bentuk, telah memperkenalkan koleksi baharu yang dinamakan EARTHIC. Koleksi ini dihasilkan melalui kerjasama kreatif dengan artis senibina terkenal, FormaFantasma.

Untuk pengetahuan anda, koleksi EARTHIC ini bukan sekadar koleksi permukaan, tetapi juga satu manifestasi seni yang menggambarkan keindahan dan kelestarian alam semula jadi. Menurut FormaFantasma, mereka komited dalam menghasilkan produk yang sempurna untuk binaan produk mahupun aksesori rumah.

Oleh itu, dengan menggunakan bahan-bahan alternatif dan fokus terhadap kelestarian, mereka telah mencipta reka bentuk yang mencerminkan elemen-elemen semula jadi seperti tanah, batu, dan tumbuhan.

Inspirasi di sebalik EARTHIC

Cosentino dan FormaFantasma menyatakan bahawa inspirasi di sebalik EARTHIC adalah bermula dari cintanya terhadap bumi dan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Setiap reka bentuk dalam koleksi ini dicipta dengan menggunakan bahan-bahan yang mampan dan teknik pengeluaran yang mesra alam. Ini bukan sahaja menekankan estetika semula jadi tetapi juga kepentingan keberlanjutan dalam seni bina dan reka bentuk.

Untuk pengetahuan anda, Cosentino menyediakan bahan-bahan inovatif seperti Silestone XM untuk koleksi EARTHIC. Silestone XM terkenal dengan ketahanan yang tinggi, keindahan yang menawan, dan keupayaannya untuk meniru keindahan semula jadi. Gabungan bahan berkualiti tinggi ini dengan sentuhan kreatif FormaFantasma, ia menghasilkan produk yang bukan sahaja cantik dan praktikal, tetapi juga mesra alam.

Di acara pelancaran koleksi EARTHIC, Cosentino telah menjemput artis senibina tempatan, Red Hong Yi. Beliau berkongsi pemikirannya tentang bagaimana permukaan EARTHIC boleh diintegrasikan ke dalam reka bentuk dan ruang – selain turut menekankan penggunaan bahan-bahan yang mampan dan teknik pengeluaran mesra alam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd