Street Churros Kini Memperoleh Pengiktirafan Sijil Halal Dari JAKIM
Lina Rosli
Baru-baru ini, Street Churros mengumumkan yang mana jenama mereka telah memperoleh pengiktirafan sijil halal dari JAKIM.
Untuk pengetahuan anda, Street Churros merupakan jenama churros popular yang berasal dari Korea Selatan. Ia menawarkan pelbagai jenis churros yang hadir dengan variasi pilihan perisa dan toppings – yang boleh disesuaikan mengikut selera penggemar.
Setelah bertapak di Malaysia sejak hampir 7 tahun iaitu sejak 2017, kini jenama ini telah memberi jaminan kepada penggemar mereka bahawa jenama mereka kini hadir dengan penggunaan bahan daripada senarai pembekal sah Halal yang diluluskan oleh JAKIM.

Dengan pengumuman ini, nampaknya, anda tidak lagi perlu khuatir akan tahap kebersihan pengurusan makanan dari pihak Street Churros. Ini kerana, untuk mendapatkan pengiktirafan halal ini, Street Churros telah melalui pelbagai proses penilaian yang ditetapkan oleh JAKIM.
Proses ini termasuk mendapat semakan akhir dalam memastikan semua syarat-syarat halal dipenuhi sebelum proses penjualan keluar produk ke serata rangkaian Street Churros di Malaysia.